Ahad, 5 September 2021 | 11:17pm
Pemain Sri Pahang FC, Kenjok Wal Athiu (kanan) mengasak pertahanan Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Pemain Sri Pahang FC, Kenjok Wal Athiu (kanan) mengasak pertahanan Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Penang FC bangkit atasi Sri Pahang

KUANTAN: Penang FC mengecewakan Sri Pahang FC dengan kemenangan 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Penang FC dilihat lebih memberi ancaman kepada tuan rumah dengan melakukan gerakan berbahaya untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Peluang terbaik lawan hadir menerusi penyerang import, Anselmo Arruda tetapi bola terkena tiang kiri gol ketika penjaga gol Sri Pahang, Helmi Eliza Elias sudah tertewas pada minit ke-10.

Pada minit ke-23, penyerang tuan rumah, Kenny Athiu hampir membolosi gawang lawan namun bola tendangannya sedikit melepasi palang gol lawan.

Pemain Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff (kiri) diasak pemain Penang FC Muhamad Azwan Mohd Aripin pada saingan Liga Super 2021, di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Pemain Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff (kiri) diasak pemain Penang FC Muhamad Azwan Mohd Aripin pada saingan Liga Super 2021, di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Aksi pemain Sri Pahang FC, Manuel Federico Hidalgo pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Aksi pemain Sri Pahang FC, Manuel Federico Hidalgo pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Athiu mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol selepas gagal melakukan penyudah tepat biarpun hanya berdepan penjaga gol Penang, Samuel Somerville.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah memecah kebuntuan menerusi Athiu yang memanfaatkan hantaran Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-60.

Namun, Penang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil sentuhan kapten pasukan, Endrick Dos Santos pada minit ke-67.

Lima minit kemudian, pemain gantian Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol kedua untuk kemenangan Penang.

Berita Harian X