Ahad, 1 Ogos 2021 | 11:31pm
Pemain PJ City FC K Thivandaran (kiri) cuba melepasi pemain Sri Pahang FC, Muhd Fazly Mazlan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Foto BERNAMA.
Pemain PJ City FC K Thivandaran (kiri) cuba melepasi pemain Sri Pahang FC, Muhd Fazly Mazlan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Foto BERNAMA.

Tok Gajah kutip mata penuh di Kuantan

KUANTAN: Sri Pahang FC akhirnya melakar kemenangan selepas menewaskan PJ City FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, sebentar tadi.

Gol tunggal dijaringkan penyerang import, Aung Kaung Man selepas menewaskan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pada minit ke-15, memadai untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah.

Bagaimanapun, tentangan sengit tetap diberikan PJ City sehinggal wisel penamat. Pada perlawanan itu, peluang terbaik lawan hadir menerusi Mahali Jasuli tetapi bola tendangan penyerang itu melepasi palang gol pada minit ke-28.

Tuan rumah yang mahu meraih tiga mata berusaha memberi tekanan kepada kubu lawan tetapi dinafikan dengan ketangkasan dan aksi lebih kemas. Penyerang import Sri Pahang, Kenny Athiu turut memiliki peluang menambah jaringan tetapi gagal.

Namun, aksi separuh masa pertama menyaksikan Sri Pahang mendahului 1-0 ketika PJ City pula perlu mempertajamkan lagi jentera jika mahu memberi tekanan kepada tuan tumah.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian P Maniam lebih banyak melakukan serangan dalam usaha mendapatksn gol penyamaan. Kaung Mann hampir menambah gol kedua buat Sri Pahang tetapi bola sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol lawan pada minit ke-65.

Selang empat minit, Athiu turut mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi bola tandukannya diselamakan Kalamullah. Akhirnya, misi tuan rumah untuk mengutip tiga mata menjadi kenyataan selepas lawan gagal mendapatkan gol penyamaan.

Berita Harian X