Sabtu, 24 Julai 2021 | 11:30pm
Pemain Negeri Sembilan (jersi merah) mengasak pemain Selangor II pada aksi Liga Perdana di Paroi. - FOTO FB Selangor FC
Pemain Negeri Sembilan (jersi merah) mengasak pemain Selangor II pada aksi Liga Perdana di Paroi. - FOTO FB Selangor FC

Negeri Sembilan, Selangor II buntu

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memintas Sarawak di puncak carta Liga Perdana buat seketika selepas sekadar seri 0-0 dengan Selangor II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Sarawak masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan kelebihan satu mata selepas mengumpul 24 mata.

Negeri Sembilan yang menurunkan dua pemain import baharu iaitu Kouassi Francis Kone dan Javabilaarivin Nyanasegar, dilihat gagal memberi impak positif kepada jentera serangan pasukan itu.

Tuan rumah berpeluang mendapatkan gol yang dicari apabila memperoleh sepakan penalti pada minit ke-40 selepas Francis Kone dijatuhkan oleh pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Pemain Selangor FC, Jordan Ayimbila (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur City, Romel Oswaldo Morales Ramirez (kanan) pada perlawanan bola sepak Liga Super Kuala Lumpur City menentang Selangor FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. - Foto Eizairi Shamsudin

Bagaimanapun sepakan yang diambil kapten pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, yang menyepak ke sebelah kanan pintu gol berjaya ditepis penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan cuba memperkemaskan jentera serangan mereka untuk mendapatkan gol.

Namun, tandukan Francis Kone sekadar melepasi palang pada minit ke-53, manakala percubaan Zaquan Adha dari jarak kira-kira 25 meter pada minit ke-69 ditepis keluar Sikh Izhan Nazrel untuk kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi satu mata.

Berita Harian X