Selasa, 20 Julai 2021 | 8:50am
Gambar Messi bersama trofi Copa America pecah rekod Ronaldo bersama Pele.
Gambar Messi bersama trofi Copa America pecah rekod Ronaldo bersama Pele.

Messi lebur rekod Ronaldo

LONDON: Lionel Messi memecahkan rekod dunia Instagram milik Cristiano Ronaldo apabila menghimpun 20 juta tanda suka selepas berkongsi hantarannya memenangi Copa America.

Ronaldo sebelum ini memegang rekod sebagai gambar sukan paling banyak menerima tanda suka dalam sejarah aplikasi media sosial terbabit.

Penyerang Juventus itu mendapat lebih 19.8 juta tanda suka apabila dia berkongsi penghargaannya untuk mendiang Dieg0 Maradona pada November 2020.

Namun, Messi memecahkan rekod terbabit selepas dia membantu Argentina meraih gelaran benua itu.

Dia meletakkan kapsyen pada hantaran terbabit apabila menulis 'Kegilaan yang sangat indah! Sukar untuk mempercayainya! Terima kasih Tuhan! Kami adalah juara."

Messi yang memenangi gelaran antarabangsanya buat kali pertama kini sedang bercuti di Miami dan dijangka menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona.

Beberapa laporan media tempatan menyatakan dia bersetuju untuk menerima pemotongan 50 peratus gaji namun ditawarkan kontrak lima tahun berbanding dua tahun seperti perbincangan awal mereka.

Gaji yang rendah menjadi kunci untuk Messi kekal di Nou Camp selepas pasukan itu berdepan kemelut kewangan. -Agensi

Berita Harian X