Sabtu, 19 Jun 2021 | 10:24am
 Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) dan rakan sepasukan menjalani latihan di Allianz Arena, Munich semalam menjelang aksi Kumpulan F Euro 2020 menentang Jerman esok. - Foto AFP.
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) dan rakan sepasukan menjalani latihan di Allianz Arena, Munich semalam menjelang aksi Kumpulan F Euro 2020 menentang Jerman esok. - Foto AFP.

EURO: Ronaldo kini miliki pengikut terbanyak dunia di Instagram

LONDON: Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang mempunyai 300 juta pengikut di laman media sosial, Instagram.

Bintang Portugal dan Juventus itu turut menjadi individu pertama sebelum ini yang mempunyai 200 juta pengikut di platfrom yang sama.

Ronaldo mencetuskan sensasi apabila mengalihkan botol minuman Coca-Cola ketika sidang media Euro 2020, sebelum ia disusuli dengan kejayaannya meledak dua gol ketika membantu Portugal melakar kemenangan 3-0 ke atas Hungary pada aksi pembukaan, Rabu lalu.

Selain merekodkan pencapaian dengan pengikut seramai 300 juta di Instagram, Ronaldo turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman pada kejohanan Eropah itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu Hungary.

Bintang Hollywood, Dwayne 'The Rock' Johnson berada di tempat kedua di belakang Ronaldo dengan pengikut seramai 246 juta di instagram.

Pada 2019, Ronaldo dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$47.8 juta (RM198 juta) menerusi hantarannya di Instagram. Jumlah bayaran itu membuatkan dia menjadi individu yang paling tinggi menerima bayaran daripada platform perkongsian gambar berkenaan.

- AGENSI

Berita Harian X