Selasa, 15 Jun 2021 | 11:38pm
Jersi gergasi pasukan Austria dan Macedonia Utara dipamerkan dekat National Arena di Bucharest sebelum pertembungan kedua-dua pasukan kelmarin. - AFP
Jersi gergasi pasukan Austria dan Macedonia Utara dipamerkan dekat National Arena di Bucharest sebelum pertembungan kedua-dua pasukan kelmarin. - AFP

EURO: Greece bantah jersi Macedonia Utara

ATHENS: Greece secara rasmi meminta Macedonia Utara mengubah jersi Euro 2020 pasukan itu dengan versi terbaharu itu dikatakan bertentangan dengan perjanjian bersejarah antara negara berjiran di Balkan itu.

Pertikaian itu terjadi disebabkan ringkasan FFM (Football Federation of Macedonia), dengan Greece berkata ia adalah nama lama negara Balkan itu sebelum perjanjian pada 2018 menyelesaikan perbalahan diplomatik antara kedua-dua negara berjiran itu.

Sepanjang minggu ini, Menteri Luar Greece, Nikos Dendias menghantar surat bantahan terhadap rakan sejawatan di Macedonia Utara, Bujar Osmani bahawa singkatan huruf di jersi itu "tidak boleh diterima" oleh Greece kata agensi berita ANA.

Dendias meminta ia diubah "untuk mengekalkan dinamik positif" dalam hubungan dengan Athens.

Namun Osmani berkata bahawa perjanjian 2018 dikenali sebagai Perjanjian Prespes hanya membabitkan institusi yang dibiayai negara manakala FFM tidak.

Sehingga baru-baru ini, negara berkenaan bersaing dengan nama Former Yugoslav Republic of Macedonia (FYROM) – nama yang digunakan untuk mengelak kemarahan Greece, yang tidak pernah menerima nama "Macedonia" kerana mereka ada wilayah menggunakan nama sama.

Berita Harian X