Isnin, 14 Jun 2021 | 2:15am
Marko Arnautovic menjaringkan gol ketiga Austria pada saingan Kumpulan C, EURO 2020 berdepan Macedonia Utara di Bucharest, Romania. - EPA
Marko Arnautovic menjaringkan gol ketiga Austria pada saingan Kumpulan C, EURO 2020 berdepan Macedonia Utara di Bucharest, Romania. - EPA

Austria benam Macedonia Utara

BUCHAREST: Pemain gantian, Michael Gregoritsch dan Marko Arnautovic meledak gol pada lewat permainan ketika Austria mengesahkan kemenangan 3-1 mengatasi pendatang baharu, Macedonia Utara dalam saingan Kumpulan C, Euro 2020 sebentar tadi.

Kapten Macedonia, Goran Pandev bergelar penjaring gol kedua paling tua dalam sejarah kejohanan apabila menyamakan kedudukan selepas gol awal Stefan Lainer pada babak pertama.

Berusia 37 tahun 321 hari, penyerang Genoa itu mengambil peluang kesilapan pertahanan Austria untuk meledak jaringan pada minit ke-28.

Bagaimanapun Gregoritsch dan Arnautovic menamatkan usaha lawan yang bersemangat tinggi itu di Bucharest menjelang perlawanan lain Kumpulan C antara Belanda dan Ukraine di Amsterdam. - AFP

Berita Harian X