Isnin, 31 Mei 2021 | 10:20am
Bintang Chelsea, N'Golo Kante (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juiara selepas menewaskan Manchester City di Porto, Portugal. - EPA
Bintang Chelsea, N'Golo Kante (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan memenangi Liga Juara-Juiara selepas menewaskan Manchester City di Porto, Portugal. - EPA

Kante sertai 'barisan elit'

LONDON: Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante bergelar seorang daripada hanya enam pemain pernah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala Dunia.

Pemain tengah Perancis itu bermain hebat ketika Blues menang 1-0 berdepan Manchester City seterusnya menyertai barisan ekslusif itu.

Sejak Divisyen Satu dan Piala Eropah dijenamakan kepada Liga Perdana dan Liga Juara-Juara pada 1992, hanya segelintir pemain pernah memenangi dua kejuaraan itu pada Piala Dunia.

Kante menyertai Fabien Barthez, Thierry Henry, Juliano Belletti, Gerard Pique dan Pedro berada dalam barisan elit berkenaan selepas persembahan yang menobatkannya selaku Pemain Terbaik perlawanan ketika berdepan skuad kendalian Pep Guardiola.

Pemain lain berjaya melakukannya sebelum 1992 ialah legenda Manchester United, Bobby Charlton dan Nobby Stiles - sebahagian pemain England yang menang Piala Dunia pada 1966.

Kante mula menjadi sebutan apabila membantu Leicester City mencipta kejutan menang Liga Perdana pada musim 2015-16.

Dia mengulangi pencapaian itu bersama Chelsea 12 bulan kemudian selain menang Piala FA, Liga Europa dan Liga Juara-Juara bersama kelab berpangkalan di Stamford Bridge itu.

Berita Harian X