Khamis, 27 Mei 2021 | 9:17am
Pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (tengah) tersenyum ketika bertemu bintang Juventus, Cristiano Ronaldo (kanan) pada aksi Serie A di Turin, Itali, 9 Mei lalu. - Foto AFP.
Pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (tengah) tersenyum ketika bertemu bintang Juventus, Cristiano Ronaldo (kanan) pada aksi Serie A di Turin, Itali, 9 Mei lalu. - Foto AFP.

Ibrahimovic didenda angkara terbabit syarikat judi

LAUSANNE: Pemain bola sepak Sweden dan AC Milan, Zlatan Ibrahimovic didenda 50,000 euro (RM252,569) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana pembabitannya dalam syarikat pertaruhan.

Presiden badan rayuan UEFA turut mengarahkan pemain berusia 39 tahun itu menarik diri daripada sebarang kaitan dengan laman sesawang perjudian itu.

Perbuatan Ibrahimovic melanggar peraturan UEFA berkenaan 'integriti perlawanan dan pertandingan'.

AC Milan turut didenda 25,000 euro (RM126,284) di atas kesalahan `pemainnya mempunyai kaitan kewangan dengan syarikat pertaruhan'.

Bulan lalu akhbar Sweden mendakwa Ibrahimovic melabur di dalam laman perjudian, Bethard, yang berpangkalan di Malta.

- AFP

Berita Harian X