X
Rabu, 19 Mei 2021 | 7:04pm
Pemain Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck (dua kiri) bersama rakan sepasukan meraikan jaringannya pada aksi Liga Super menentang UiTM FC di Stadium Darul Makmur pada 1 Mei lalu. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang.
Pemain Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck (dua kiri) bersama rakan sepasukan meraikan jaringannya pada aksi Liga Super menentang UiTM FC di Stadium Darul Makmur pada 1 Mei lalu. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang.

Tok Gajah pinjam Lee Tuck kepada Terengganu

KUANTAN: Pengurusan Sri Pahang FC mengesahkan pemain import pasukan itu, Lee Tuck dipinjamkan kepada Terengganu FC (TFC) pada jendela perpindahan pemain kedua saingan Liga Super sehingga penghujung musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, keputusan itu atas persetujuan kedua-kedua kelab dengan pemain kelahiran England itu akan kembali bersama skuad Tok Gajah musim depan.

"Lee Tuck menandatangani kontrak bersama Sri Pahang selama dua musim dan keputusan meminjamkan beliau selepas pasukan mengambil empat import baharu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka.

"Kami berharap Lee Tuck dapat mempamerkan prestasi terbaik bersama TFC dan sebaik kembali bersama pasukan musim depan, prestasinya akan lebih mantap ," katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Tuck dirisik tiga pasukan selepas diketepikan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka 3 Mei lalu. Ia disahkan ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh susulan ada perancangan untuk meminjamkan pemain kelahiran England itu.

Sebaik jendela perpindahan dibuka, Sri Pahang membuat keputusan mengetepikan empat pemain import yang ditandatangani awal musim ini.

Selain Tuck, tiga lagi adalah Yevhen Bokhashvili (Ukraine), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste). Sebagai ganti, Sri Pahang mengambil Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

Berita Harian X