Selasa, 27 April 2021 | 8:02am
Penyerang Sweden dan AC Milan, Zlatan Ibrahimovic melabur dalam laman pertaruhan Bethard yang berpangkalan di Malta. - Foto Bethard
Penyerang Sweden dan AC Milan, Zlatan Ibrahimovic melabur dalam laman pertaruhan Bethard yang berpangkalan di Malta. - Foto Bethard

UEFA siasat "saham judi" Ibrahimovic

LAUSANNE, Switzerland: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan siasatan mereka terhadap dakwaan pembabitan Zlatan Ibrahimovic dalam syarikat pertaruhan.

Penyerang 39 tahun Sweden itu, yang menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama AC Milan minggu lalu, melabur dalam laman perjudian Bethard yang berpangkalan di Malta.

"Selaras dengan Artikel 31(4) Peraturan Disiplin UEFA, seorang Inspektor Etika dan Disiplin UEFA dilantik bagi menyiasat salah laku Zlatan Ibrahimovic yang didakwa melabur dalam syarikat pertaruhan.

Maklumat lanjut berhubung perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media Sweden melaporkan Ibrahimovic berdepan risiko dihukum kerana pelaburannya, yang melanggar peraturan UEFA dan FIFA. - AFP

Berita Harian X