Jumaat, 23 April 2021 | 10:34pm
Allianz Arena di Munich bakal menjadi gelanggang saingan Euro 2020 yang dijadualkan pada 11 Jun hingga 11 Julai ini. - Foto fail AFP.
Allianz Arena di Munich bakal menjadi gelanggang saingan Euro 2020 yang dijadualkan pada 11 Jun hingga 11 Julai ini. - Foto fail AFP.

Dublin, Bilbao digugurkan sebagai tuan rumah Euro 2020

LAUSANNE, Switzerland: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan pengguguran Dublin dan Bilbao sebagai penganjur Euro 2020, selepas gagal memberi jaminan terhadap keselamatan penonton yang hadir.

Tempat Dublin akan diambil alih oleh St Petersburg dan London manakala Seville menggantikan Bilbao.

Dalam pada itu, Munich turut diumumkan sebaga tuan rumah pada saat akhir untuk menyertai bandaraya lain yang terpilih sebelum ini iaitu Budapest, Baku, Amsterdam, Bucharest, Glasgow, Copenhagen dan Rom.

Kejohanan bola sepak Eropah ini sepatutnya diadakan tahun lalu, namun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Ia akan diadakan di 11 negara berbeza bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai ini.

- AFP

Berita Harian X