Rabu, 21 April 2021 | 9:30pm
Agnelli (kiri) bersama Ronaldo.
Agnelli (kiri) bersama Ronaldo.

ESL sudah berkubur

LONDON: Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli akhirnya mengakui Liga Super Eropah (ESL) yang 'menarik', tenggelam selepas enam kelab Inggeris menarik diri dalam tempoh tiga jam.

Sedozen 'kelab kotor' bergabung dalam kejohanan itu pada lewat malam Ahad dengan menandatangani bayaran £8 juta (RM45 juta) - tetapi tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat, ahli politik, pesaing kelab, bahkan Putera William yang menuntut supaya ia dihentikan.

Ditanya adakah projek itu masih boleh berlaku, Agnelli memberitahu Reuters pagi ini: "Untuk berkata benar, jelas itu tidak akan berlaku. Tetapi saya tetap yakin akan daya tarikan projek itu,'' kata Agnelli yang menyifatkan bahawa ia akan mewujudkan persaingan terbaik di dunia.

"Tetapi diakui ... Maksud saya, saya tidak menganggap bahawa projek itu sekarang masih diteruskan dan berjalan."

Ketika ditanya mengenai tindakannya sendiri yang mana dia digelar sebagai 'ular', dia berkata: "Saya tidak fikir industri kami sangat ikhlas, boleh dipercayai atau dipercayai secara umum."

Agnelli, yang disebut-sebut akan meletak jawatan hari ini dikritik secara meluas atas tindakannya dengan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, 53, memanggilnya sebagai 'ular' dan 'pembohong'. - AGENSI

Berita Harian X