Rabu, 21 April 2021 | 11:54am
Hantaran Conor McGregor pada akaun Twitter miliknya berkenaan hasrat untuk membeli kelab Manchester United manakala gambar sebelah kanan adalah pengendali Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer. - Foto ihsan Twitter.
Hantaran Conor McGregor pada akaun Twitter miliknya berkenaan hasrat untuk membeli kelab Manchester United manakala gambar sebelah kanan adalah pengendali Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer. - Foto ihsan Twitter.

McGregor nak beli United

LONDON: Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor menyatakan hasrat untuk membeli Manchester United selepas peletakan jawatan mengejut Ed Woodward sebagai naib pengerusi eksekutif kelab berkenaan.

Susulan itu, harga saham The Red Devils jatuh teruk di sebalik masalah melanda Liga Super Eropah (EPL).

Pembabitan 16 tahun Woodward bersama United tamat semalam selepas dikritik berikutan pengumuman penganjuran ESL Ahad lalu.

SunSport difahamkan beliau meletak jawatan di kelab berkenaan sebelum Manchester City, Chelsea dan Arsenal menarik diri susulan protes di luar Stamford Bridge.

Dipercayai Woodward mungkin meletak jawatan kerana prinsipnya, menjadikan dia antara watak utama yang menunjukkan pendirian tersendiri. Ada juga laporan mengatakan keluarga Glazers, yang memiliki United, akan mengikut jejak berkenaan.

McGregor menerusi akaun Twitter miliknya bertanya kepada penyokongnya sama ada dia boleh mengambil alih Red Devils.

Bintang Ireland itu menulis: "Hai semua, saya memikirkan untuk membeli Manchester United! Apa yang anda fikirkan?"

Ciapan McGregor hadir selepas Sky Sports mendedahkan bahawa harga saham United jatuh secara drastik.

Saham kelab itu jatuh 6.60 peratus kepada 16.12 ASD (RM66.39) petang semalam.

- AGENSI

Berita Harian X