Sabtu, 17 April 2021 | 9:54pm
Faisal Halim berdepan situasi dicekak dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dan KL City FC.
Faisal Halim berdepan situasi dicekak dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dan KL City FC.

Dua kali Faisal jadi mangsa cekak

KUALA LUMPUR: Dua perlawanan, dua kali jersi dicekak pemain lawan.

Itulah nasib yang diterima pemain berbadan kecil, Faisal Halim selepas berdepan situasi terbabit dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dan KL City FC.

Insiden pertama berlaku ketika pemain Terengganu FC (TFC) itu melakukan terjahan ke atas pemain KDA FC, Azamuddin Akil pada pertembungan dua pasukan itu, minggu lalu.

Terjahan itu jelas mengundang kemarahan Azamuddin sehingga dia mencekak jersi pemain berusia 23 tahun berkenaan.

Kejadian sama sekali lagi terjadi kepada Faisal ketika menentang KL City FC di Gong Badak semalam.

Berpunca daripada situasi merebut bola, Faisal tampak 'bergasak' dengan Hadin Azman sehingga pemain KL City FC itu tiba-tiba mencekak jersi Faisal.

Insiden menjadi sedikit panas sehingga kedua-dua pemain terpaksa dileraikan sebelum mereka dilayangkan kad kuning.

Berita Harian X