X
Khamis, 11 March 2021 | 9:54am
Aksi pasukan Perak FC (jersi hitam putih) ketika bertemu Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - Foto ihsan FB MFL.
Aksi pasukan Perak FC (jersi hitam putih) ketika bertemu Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - Foto ihsan FB MFL.

Yee Fatt tak sangka Perak mampu menang

KUANTAN: Pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt tidak menduga pasukannya mampu membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

Katanya, ini selepas pasukan lawannya itu dilihat menampilkan kelainan musim ini selain beraksi di tempat sendiri.

"Namun, berkat komitmen tinggi dan fokus pemain sepanjang tempoh perlawanan, kami berjaya membawa pulang tiga mata. Saya gembira kerana tiga mata ini pula diraih di tempat lawan selepas mengutip satu mata pada perlawanan pertama," katanya.

Mengulas dua kesilapan yang dilakukan tuan rumah, Yee Fatt memuji pemainnya yang bijak memanfaat peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol.

"Pada perlawanan ini, saya berpuas hati dengan persembahan pemain yang berusaha untuk memastikan Perak FC mencatat kemenangan," katanya.

Dalam aksi malam tadi, dua gol Perak masing-masing dijaringkan oleh J Partiban pada minit ke-43 dan Muhammad Farhan Roslan (minit ke-59).

Selepas dua perlawanan, Perak berada di tangga ketiga Liga Super hasil himpunan empat mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

Berita Harian X