Selasa, 9 Februari 2021 | 9:10am
Pemain Manchester City Raheem Sterling meraikan jaringan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Borussia Moenchengladbach pada 8 Disember 2015. - Foto AFP
Pemain Manchester City Raheem Sterling meraikan jaringan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Borussia Moenchengladbach pada 8 Disember 2015. - Foto AFP

Aksi Gladbach-City turut dipindah ke Budapest

PARIS: Perlawanan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara antara Manchester City dan Borussia Moenchengladbach

akan diadakan di Budapest, Hungary susulan peraturan ketat COVID-19 di Jerman.

Perubahan gelanggang itu dibuat 24 jam selepas perlawanan antara Liverpool dan RB Leipzig minggu depan turut dipindahkan ke Budapest atas sebab yang sama.

City kendalian Pep Guardiola akan menentang Gladbach di Puskas Arena pada 24 Februari.

"Kami perlu menjangkakan yang larangan kemasukan dari United Kingdom ke Jerman yang berakhir pada 17 Februari ini, akan dilanjutkan dan Manchester City tidak akan dibenarkan bertandang ke Moenchengladbach," kata Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Stephan Schippers.

Peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menetapkan pasukan tuan rumah perlu mencari jalan untuk menganjurkan perlawanan atau berdepan risiko menerima kekalahan 3-0.

Leipzig, yang berdepan Liverpool pada 16 Februari, akan bertandang ke Anfield untuk aksi timbal balik pada 10 Mac, manakala Gladbach ke Manchester pada 16 Mac. - AFP

Berita Harian X