Selasa, 8 Disember 2020 | 7:42am
Pengacara Cristina Gullon (kiri) bersama lengenda Itali, Daniele De Rossi (tengah) dan legenda Belanda, Rafael van der Vaart pada sesi undian kelayakan Piala Dunia 2022 peringkat kumpulan Zon Eropah di Zurich, Switzerland. - Foto EPA.
Pengacara Cristina Gullon (kiri) bersama lengenda Itali, Daniele De Rossi (tengah) dan legenda Belanda, Rafael van der Vaart pada sesi undian kelayakan Piala Dunia 2022 peringkat kumpulan Zon Eropah di Zurich, Switzerland. - Foto EPA.

Perancis berdepan Ukraine, England, Poland berentap lagi

PARIS: Juara bertahan, Perancis akan berdepan Ukraine, Finland, Kazakhstan dan Bosnia Herzegovina dalam saingan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

England kendalian Gareth Southgate, yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia, diundi dalam Kumpulan I bersama Poland, Hungary, Albania, Andorra dan San Marino.

Perancis kendalian Didier Deschamps hanya dibarisi lima pasukan kerana mereka akan terbabit dalam final Liga Negara-Negara UEFA di Itali pada Oktober.

Terdahulu, antara keputusan paling paling penting dalam karier Deschamps sebagai pengendali Perancis ialah pusingan kelayakan Piala Dunia 2014, di mana pasukannya bertemu Ukraine dalam aksi playoff penentuan.

Pada perlawanan pertama di Kiev, Perancis ketinggalan 2-0 tetapi bangkit menewaskan Ukraine 3-0 di sini.

"Kempen kelayakan adalah laluan yang panjang di mana banyak halangan menanti. Lebih baik ia dielakkan," kata Deschamps.

Bagi England pula, ini adalah kali ketujuh mereka diundi bersama Poland dalam kelayakan Piala Dunia.

Kali terakhir pertemuan antara kedua-dua pasukan ialah pada edisi 2014, di mana mereka seri 1-1 di Warsaw sebelum England menang 2-0 di Wembley.

Antara pertemuan paling diingati ialah England gagal ke Piala Dunia 1974 selepas tewas 2-0 di Poland dan kemudian diikat 1-1 di Wembley.

"Ada sejarah dalam perlawanan itu. Macam ada jampi apabila kami sering diundi bertemu mereka setiap kali," kata Southgate.

Kempen kelayakan Eropah akan bermula Mac depan, dengan 13 negara layak ke pusingan akhir 32 pasukan di Qatar.

- AFP

Berita Harian X