Isnin, 19 Ogos 2019 | 8:24am
Soccer Football - La Liga Santander - Atletico Madrid v Getafe - Wanda Metropolitano, Madrid, Spain - August 18, 2019 Atletico Madrid's Alvaro Morata scores their first goal REUTERS/Sergio Perez
Soccer Football - La Liga Santander - Atletico Madrid v Getafe - Wanda Metropolitano, Madrid, Spain - August 18, 2019 Atletico Madrid's Alvaro Morata scores their first goal REUTERS/Sergio Perez

Atletico, Getafe main 10 sebelah

MADRID: Alvaro Morata menanduk masuk hantaran lintang Kieran Trippier untuk kemenangan 1-0 Atletico Madrid ke atas Getafe dalam aksi La Liga.

Jaringan minit ke-23 itu disusuli dengan kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain akibat kad merah dalam tempoh empat minit.

Penyerang Getafe Jorge Molina dan bek kiri Atletico Renan Lodi dibuang padang pada minit ke-38 dan 42 sebelum Morata mensia-siakan sepakan penalti untuk menambah jaringan.

Selepas kehilangan Antoine Griezmann kepada Barcelona, Atletico membelanjakan hampir 250 juta euro (RM1.2 bilion) sepanjang jendela perpindahan musim panas termasuk mendapatkan Joao Felix dari Benfica pada harga 126 juta euro (RM583.7 juta).

Felix, 19, bermain cemerlang untuk skuad kendalian Diego Simeone pada penampilan sulungnya selain Lodi sebelum dibuang padang dan Trippier, pemain Inggeris pertama beraksi untuk Atletico sejak Perang Saudara Sepanyol (tahun 1939) dan ke-20 dalam sejarah liga tertinggi negara itu.

Pengadil Cuadra Fernandez menukar kad kuning kepada merah untuk Molina selepas mendapatkan pandangan video bantuan pengadil (VAR) apabila penyerang itu menjatuhkan Thomas Partey. Kemudian Lodi dilayangkan kad kuning kedua selepas meletakkan tangannya ke muka Damian Suarez.

Atletico berpeluang menambah jaringan dalam masa kecederaan namun peluang keemasan itu disia-siakan Morata. – AFP

 

Berita Harian X