Rabu, 31 Julai 2019 | 12:47pm
PEMAIN Real Madrid, James Rodriguez.
PEMAIN Real Madrid, James Rodriguez.

Koke puji James Rodriguez

MADRID: Kapten Atletico Madrid, Koke memuji James Rodriguez dan berkata pemain utama Real Madrid itu di alu-alukan ke Wanda Metropolitano.

Rodriguez, 28, dijangka akan meninggalkan Santiago Bernabeu selepas berakhirnya musim ini dengan Atletico dan Napoli dikaitkan dengan perpindahan bintang dari Colombia itu.

Koke dilihat gembira untuk melihat James menyertai Atletico, yang sebelum ini bermain sebagai pemain tengah Bayern Munich.

“Dia adalah pemain Madrid,” katanya.

“Dia adalah pemain hebat dan kami tak tahu apa akan terjadi. Jika dia datang, kedatangannya sangat dialu-alukan dan jika tidak, saya mengucapkan selamat maju jaya dalam pasukan mana yang dia sertai.”

Atletico kini melalui proses menguatkan jentera termasuklah menandatangani Joao Felix dengan bayaran dilaporkan berjumlah €126 juta (RM580.07 juta) – rekod perpindahan tertinggi dari Benfica.

Felix, yang juga penyerang berumur 19 tahun itu yang menjaringkan satu gol dan menolong jaringan dua lagi gol pada kemenangan 7-3 Atletico menewaskan Real Madrid pada Piala Juara-Juara Antarabangsa pada Jumaat lalu tetapi Koke meminta bersabar dengan Felix.

“Dia adalah pemain bola sepak yang hebat dan anda perlu bersabar, anda perlu terus berusaha dan anda akan peroleh kebaikannya,” katanya.

“Dia membantu dua jaringan, menjaringkan gol dan berharap dapat meneruskan persembahannya ke peringkat ini. Pemain itu teruja dan anda tak perlu beri tekanan kepadanya. – AGENSI 

 

Berita Harian X