Jumaat, 21 Disember 2018 | 8:30am
Gabungan gambar penyerang Brazil, Pele (kiri, 1961) dan penyerang Perancis, Kylian Mbappe. - Foto AFP
Gabungan gambar penyerang Brazil, Pele (kiri, 1961) dan penyerang Perancis, Kylian Mbappe. - Foto AFP

'Selamat hari jadi Mbappe': Pele

SAO Paulo: Kylian Mbappe mendapat ucapan ‘selamat hari jadi’ cukup bermakna daripada Pele semalam dengan peminat membandingkan pemain berusia 20 tahun itu dengan legenda Brazil. 

“Hanya mereka yang mempunyai bakat istimewa menonjolkan diri lebih awal. Selamat hari jadi Kylian yang ke-20. Saya teruja untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya,” kata Pele dalam tweetnya.

Penyerang Perancis itu meledak empat gol di Piala Dunia tahun ini termasuk satu jaringan ketika perlawanan akhir yang menyaksikan Perancis menewaskan Croatia 4-2 seterusnya menjulang trofi kejuaraan. 

Ia menjadikan pemain itu sebagai pemain remaja kedua meledakkan gol di pentas akhir Piala Dunia selepas Pele yang melakukannya pada 1958.

Pele, 78, beberapa kali menggunakan Twitternya untuk menyatakan kekagumannya terhadap pemain Paris Saint-Germain, Mbappe. 

Selepas kejayaan di Piala Dunia, Pele dalam tweetnya berkata: “Jika Kylian terus menyamai rekod saya seperti ini saya mungkin perlu mencuci debu pada kasut saya semula.” 

Mbappe membalas: "Raja akan terus kekal sebagai raja."

Awal bulan ini, Pele ketika sesi temu bual oleh akhbar Folha de Sao Paulo mengatakan persamaan antaranya ketika zaman muda dengan pemain Perancis itu. 

“Kami sama pada usia seperti ini,” kata legenda Brazil yang menjulang trofi Piala Dunia pertamanya ketika berusia 17 tahun. – AFP 

Berita Harian X