Sabtu, 4 Ogos 2018 | 11:52pm
PEMAIN Sabah meraikan gol ketika menentang Pahang dalam perlawanan saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. - Foto Muhd Asyraf Sawal
PEMAIN Sabah meraikan gol ketika menentang Pahang dalam perlawanan saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Sabah curi mata di Darul Makmur

KUANTAN: Juara Piala FA, Pahang harus menyalahkan diri sendiri apabila terikat 1-1 dengan Sabah di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Keputusan seri itu nyata tidak disenangi skuad Tok Gajah yang mahu mengutip tiga mata di laman sendiri manakala Sabah ceria dengan kejayaan mencuri satu mata di tempat lawan.

Kecemerlangan Sabah boleh dijangka kerana lebih banyak memberi tekanan kepada tuan rumah apabila memiliki dua peluang terbaik menerusi penyerang import, Hector Ramos pada minit ke-21 dan ke-37  tetapi diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias.  

KUANTAN 04 OGOS 2018. PEMAIN Sabah, Hamran Peter menanduk bola sambil dikawal pemain Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dalam perlawanan saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Pada minit ke-35, pemain tengah Tok Gajah, Nor Azam Azih hampir meletakkan tuan rumah di depan tetapi bola sepakannya ditepis penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.  

Akhirnya, gol pendahuluan diidamkan tuan rumah disempurnakan Austin Amutu seminit sebelum tamat separuh masa pertama.  

Seminit bersambung babak kedua, Sabah menyamakan kedudukan 1-1 hasil sentuhan Ramos.

Skuad kendalian Dollah Salleh berusaha untuk kembali mendahului tetapi kubu pelawat lebih kebal bertahan.  

Justeru, Pahang yang menamatkan saingan Liga Super  di tangga keempat akur gagal mengutip tiga mata manakala Sabah bermula baik apabila membawa pulang satu mata pada aksi pembuka tirai Piala Malaysia itu.

Berita Harian X