Selasa, 26 Jun 2018 | 11:41pm
PENYERANG Kedah, Andik Vermansah (tengah) meraikan kejayaan meledak gol kedua ketika menentang PKNS FC pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. - Foto SHARUL HAFIZ ZAM
PENYERANG Kedah, Andik Vermansah (tengah) meraikan kejayaan meledak gol kedua ketika menentang PKNS FC pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. - Foto SHARUL HAFIZ ZAM

Rangel, Andik pastikan Kedah raih tiga mata

ALOR SETAR: Paulo Rangel dan Andik Vermasyah memastikan Kedah menambah tiga mata di Darul Aman apabila Kedah menundukkan PKNS FC 2-0  dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Kedah memulakan perlawanan dengan aksi menyerang seawal minit ke-5 melalui larian Andik Vermansyah yang melorong bola kepada Liridon Krasniqi namun pemyudah mudah dibaca oleh penjaga gawang PKNS FC, Shahril Saari.

PKNS bangkit seminit kemudian menerusi cubaan pemain import, Rafael Ramazotti yang mlakukan sepakan voley namun berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ramadhan Hamid.

Kedah mencipta gol pertama apabila sentuhan Paulo Rangel yang mudah menolak bola masuk ke gawang PKNS selepas mendapat hantaran hasil gerakan pantas Akhyar Rashid pada minit ke-19.

Serangan berterusan dilancarkan Kedah terus membuahkan hasil apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah pemain sayap Andik Vermansyah yang mendapat hantaran jauh dari Liridon Krasniqi dari bahagian kanan pintu gol PKNS.

Bermula babak kedua Kedah terus mengasak kubu PKNS melaui percubaan Baddrol Bakhtiar, Andik Vermansyah dan Paulo Rangel untuk mencari gol tambahan namun gagal menambah jaringan.

Bruno Oliveira sempat mencemaskan pintu gol Kedah pada minit ke-74 melalui percubaan dari kanan pintu gol Kedah tetapi berjaya diselamatkan oleh Ramadhan Hamid dan pada minit ke-89 pemain gantian Kedah Syazwan Zainon hampir menambah gol tetapi tidak menjadi.

Walaupun PKNS cuba mengasak pada minit minit terakhir melalui gerakan Faris Ramli namun kedudukan Kedah 2-0 PKNS kekal hingga ke hujung perlawanan.

Berita Harian X