Sabtu, 27 Januari 2018 | 11:08am
PEMAIN Inter Milan, Joao Mario dipinjamkan ke West Ham sehingga tamat musim ini. - Foto WestHamUtd
PEMAIN Inter Milan, Joao Mario dipinjamkan ke West Ham sehingga tamat musim ini. - Foto WestHamUtd

West Ham pinjam Mario

LONDON: West Ham mendapatkan khidmat pemain tengah Portugal, Joao Mario secara pinjaman dari Inter Milan sehingga tamat musim ini, menurut jurucakap kelab, awal pagi tadi.

Mario, 25, tiba di Stadium London bagi memenuhi hasrat pengurus, David Moyes yang mahukan pemain kreatif selepas kecederaan menimpa Manuel Lanzini dan Marko Arnautovic.

"Saya sangat gembira berada di sini," kata Mario dalam laman web kelab (www.whufc.com).

Joao Mario menunjukkan nombor jersi yang akan dipakainya bersama West Ham United. - Foto WestHamUtd
Joao Mario menunjukkan nombor jersi yang akan dipakainya bersama West Ham United. - Foto WestHamUtd

"Saya mendapat pengalaman baru dengan menyertai kelab hebat ini dan saya bangga bersama mereka.

"Saya telah bercakap dengan semua orang dalam pasukan ini dan saya dapati menyeronokkan beraksi dalam Liga Perdana. Saya bercakap dengan jurulatih dan gembira berlatih di bawahnya," katanya.

PENGURUS West Ham, David Moyes (kiri) mahukan pemain kreatif seperti Joao Mario selepas kecederaan menimpa Manuel Lanzini dan Marko Arnautovic. - Foto WestHamUtd
PENGURUS West Ham, David Moyes (kiri) mahukan pemain kreatif seperti Joao Mario selepas kecederaan menimpa Manuel Lanzini dan Marko Arnautovic. - Foto WestHamUtd

Mario menjaringkan tiga gol dalam 47 penampilan sejak menyertai Inter dari Sporting Lisbon pada Ogos 2016.

Dia mempunyai 31 kap antarabangsa dan beraksi dalam semua perlawanan Portugal pada Euro 2016. - Reuters

Berita Harian X