Jumaat, 1 September 2017 | 11:53am
CRISTIANO Ronaldo. - Foto EPA
CRISTIANO Ronaldo. - Foto EPA

Portugal pesta gol, Ronaldo hatrik lagi

PORTO: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo meledak hatrik buat kali kelima dalam aksi antarabangsa ketika mengetuai Portugal merakam kemenangan besar 5-1 ke atas Faroe Islands dalam aksi kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.

Pemain 35 tahun yang juga penjaring terbanyak Portugal itu sudah mengumpul 14 gol sepanjang tujuh perlawanan dan mengumpul 78 gol dalam 144 penampilan.

"Saya berusaha untuk menjaringkan gol seperti itu," kata Ronaldo melakukan sepakan voli menarik untuk gol pertamanya.

"Dalam karier, saya belum ada jaringan seperti itu dan sekarang saya melakukannya. Ia satu gerakan yang baik."

Kemenangan itu menyaksikan Portugal kini menghuni tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul 18 mata, di belakang Switzerland yang mempunyai kelebihan tiga mata selepas turut raih kemenangan 3-0 ke atas Andorra.

Juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir di Russia manakala lapan pasukan kedua terbaik dari sembilan kumpulan akan bermain dalam aksi playoff.

Sebelum ini, Ronaldo sudah pun merakam hatrik di pentas antarabangsa ketika menentang Ireland Utara, Armenia, Sweden and Andorra. - Reuters

Berita Harian X