Sabtu, 19 March 2022 | 1:22pm
 Empat peserta Malaysia dari kiri, Dr Ridzuan, Dr Hashim, Zurinah dan Awang yang akan menyertai Program Interaksi Puisi Sedunia sempena sambutan Hari Puisi Antarabangsa. Gambar Ehsan DBP.
Empat peserta Malaysia dari kiri, Dr Ridzuan, Dr Hashim, Zurinah dan Awang yang akan menyertai Program Interaksi Puisi Sedunia sempena sambutan Hari Puisi Antarabangsa. Gambar Ehsan DBP.

Interaksi pemuisi dunia sambut Hari Puisi Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Puisi Antarabangsa yang diraikan setiap 21 Mac sejak 1999, Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) bakal menganjurkan program "Interaksi Pemuisi Sedunia" secara dalam talian.

Program itu yang akan berlangsung esok jam 9 malam akan menemukan 30 pemuisi daripada 10 negara antaranya Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, China, Russia, Korea, Itali dan lain-lain lagi.

Presidennya, Datuk Dr Radzuan Ibrahim dalam kenyataannya, berkata acara akan dipersembahkan secara langsung dan rakaman video antaranya deklamasi puisi tradisional dan moden, tayangan filem pendek, puisidra, lagu puisi dan sebagainya.

"Malaysia akan diwakili antara lainnya Sasterawan Negara Datuk Dr Siti Zurinah Hassan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Seri Dr Awang Sariyan juga

Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob," katanya.

Tegasnya Hari Puisi Antarabangsa mula diraikan sejak 1999 oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) disambut saban tahun di seluruh dunia.

Di Barat, pelbagai aktiviti diraikan bagi mengangkat puisi sebagai salah satu saluran bagi meningkatkan lagi daya pemikiran dan tamadun manusia.

Tegasnya, sambutan kali ini bertemakan "Pembangunan Bangsa Melalui Bahasa dan Budaya".

Berita Harian X