Selasa, 11 Januari 2022 | 1:43pm
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 7 Februari, akan dianjak kepada 3 hingga 12 Jun ini. GAMBAR ARKIB NSTP
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 7 Februari, akan dianjak kepada 3 hingga 12 Jun ini. GAMBAR ARKIB NSTP

PBAKL 2022 dianjak Jun depan

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 7 Februari, akan dianjak kepada 3 hingga 12 Jun ini.

Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron, berkata pindaan itu dibuat disebabkan lokasi PBAKL berlangsung iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega.

"MBKM melalui mesyuarat Jawatankuasa PBAKL dan Tugas-Tugas Khas sebulat suara memutuskan tarikh PBAKL bagi tahun ini dipinda dari 7 hingga 21 Februari kepada 3 hingga 12 Jun.

" Ia mengambil kira cadangan pengurusan WTCKL disebabkan lokasi acara PBAKL akan dijadikan PPV Mega oleh bagi dos penggalak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai 15 Januari hingga 15 Mac ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berita Harian X