Isnin, 8 March 2021 | 11:00am
Penyelidikan menunjukkan hakikatnya wanita pada umumnya ‘terlalu banyak dibimbing, tetapi kurang tajaan’.
Penyelidikan menunjukkan hakikatnya wanita pada umumnya ‘terlalu banyak dibimbing, tetapi kurang tajaan’.

Diskriminasi gender hadkan 'sokongan' wanita dalam kerjaya

KITA meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2021 pada 8 Mac. Namun, untuk setahun lagi tumpuan terarah kepada perhatian terhadap kesaksamaan jantina.

Bolehkah dikatakan bahawa kita sudah pun melihat peningkatan menerusi data yang menunjukkan perwakilan wanita dalam peranan kepemimpinan kanan meningkat?

Adakah Hari Wanita Antarabangsa tetap menjadi hari yang hanya memberi perhatian kepada pengiktirafan hak wanita atau lebih buruk lagi, digunakan oleh peruncit sebagai gimik komersial?

Di beberapa tempat, kita melihat desakan untuk lebih banyak kepelbagaian di tempat kerja hanya berlaku selepas gerakan Black Lives Matter yang menjadikan masalah ini mustahil untuk diabaikan.

Baik di Amerika Syarikat (AS) dan di Eropah, terdapat usaha lebih aktif oleh syarikat untuk memastikan kepelbagaian jantina pada peringkat lembaga dan dalam peranan kepemimpinan utama, dengan beberapa pelantikan menjadi berita utama.

Satu langkah besar datang dari arena sukan, di mana besbol liga utama kini mempunyai pengurus wanita - pertama dalam dunia dikuasai lelaki.

Namun, jarang sekali pelantikan sedemikian menimbulkan persoalan sama ada bakat wanita dibangunkan dan diakui pada persaingan yang sebanding.

Banyak organisasi melancarkan program bimbingan untuk wanita, tetapi selepas dilatih secara formal untuk 'siap sedia' atau ditugaskan sebagai 'mentor', ia seolah-olah bertukar perlahan dan kadang-kadang berhenti sama sekali.

Ketika mula membimbing beberapa wanita muda bekerjaya di luar negara khususnya dalam bidang kewangan, saya mendengar pengalaman mereka hasil pelbagai program bimbingan yang disertai.

Maklum balas diterima menarik, dengan beberapa tema umum. Ini termasuk 'mentor menghabiskan sebahagian besar masa bercakap tentang pengalaman mereka sendiri' atau 'mentor boleh terlalu menghakimi' serta 'mentor tidak membuka pintu untuk anda'.

Terdapat juga beberapa komen lain, seperti 'anda memerlukan lebih daripada satu mentor' dan 'perlu menggunakan masa dengan cekap serta memberi tumpuan kepada matlamat anda'.

Mendengar semua pengalaman ini, jelas sekali sebab di sebalik mengapa program bimbingan semata-mata tidak mencukupi. Apa yang wanita juga perlukan adalah 'penyokong'.

Seperti kita semua tahu dan ini berlaku di mana sahaja di dunia - orang mempunyai penaja atau penyokong. Namun, apa sebenarnya diperlukan adalah perlindungan.

Wanita muda yang mula bekerja pada umumnya tidak menyedari hal ini, tetapi hakikatnya anda memerlukan seseorang yang tahu apa kerja yang anda lakukan serta apa yang anda mahir. Seperti kata pepatah, bukan siapa yang anda kenal, tetapi siapa yang mengenali anda.

Konsep perlindungan dicemari bagaimana ia diterima pakai dalam politik dan dunia korporat. Sebaik-baiknya, perlindungan perlu disertai kecekapan.

Di banyak tempat, seseorang yang mengetahui kemahiran anda akan menyokong untuk promosi (kenaikan pangkat) anda atau akan mengesyorkan kemahiran anda untuk pekerjaan.

Namun untuk berjaya, perlindungan atau sokongan perlu menjadi jalan dua hala. Maksudnya, penganjur akan bangga dengan pencapaian individu disokong dan dapat menjaminnya untuk pekerjaan atau tugas baharu, sementara dipromosi pula perlu memenuhi harapan.

Penyokong atau perlindungan akan gagal apabila seseorang yang dipromosikan atau disyorkan penaja itu kemudian tidak menunjuk kejayaan.

Lantas, kekurangan kecekapan satu bidang utama mengapa perlindungan tidak berfungsi dalam banyak bidang atau keadaan.

Kami melihatnya di Malaysia sepanjang masa. Dalam banyak syarikat, terdapat jurang jelas dalam konteks seorang wanita untuk mencapai peranan kepemimpinan tertinggi atau diterima sebagai ahli lembaga.

Ini sering berlaku disebabkan kekurangan penyokong atau penaja yang dapat mendorong wanita mendapatkan pekerjaan.

Ia juga antara sebab utama wanita tidak mendapat peranan kepemimpinan atau jawatan lembaga.

Kita semua tahu ia bukan kerana wanita itu tidak berkemampuan atau tidak mempunyai kemahiran diperlukan, sebaliknya ia adalah satu kepastian - stigma berat sebelah masyarakat mengenai peranan jantina.

Wanita akan dinilai jika mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak (persoalan sama ada seorang wanita akan melaburkan masa dan tenaga mencukupi dalam pekerjaan selalu disebut sebagai isu).

Kekurangan lain dihadapi wanita ialah mereka biasanya tidak menghadiri acara rangkaian malam d an hujung minggu yang mungkin termasuk berjam-jam di padang golf.

Ini sebahagiannya disebabkan fakta bahawa wanita menanggung beban tanggungjawab rumah tangga dan sebahagiannya disebabkan fakta isn't one of the guys (bukan salah seorang lelaki).

Kita semua tahu lelaki yang memiliki kuasa dalam organisasi akan menaja atau menyokong lelaki lain seperti mereka kerana penyokong tidak akan menggegarkan 'kapal' dengan berbuat demikian.

Sebilangan besar lelaki berkuasa juga tidak selesa dengan idea menganjur atau menyokong kakitangan wanita.

Ini mengundang masalah kerana hakikatnya satu-satunya cara seorang wanita mendapat peranan adalah jika ada seseorang yang jauh lebih tinggi akan menjamin kecekapannya dan secara aktif bersuara untuknya.

Penyelidikan menunjukkan hakikatnya wanita pada umumnya 'terlalu banyak dibimbing, tetapi kurang tajaan'. Ramai pula berpendapat menyokong seseorang boleh mempunyai akibat yang berpotensi buruk jika wanita itu tidak menunjuk kejayaan.

Bagaimanapun, hal ini dapat diatasi dengan memastikan anda menganjurkan seseorang berdasarkan kemahiran dan kemampuan sesuai untuk mengambil peranan itu dan anda mempunyai kepercayaan terhadap orang itu.

Satu syarikat menyenaraikan perbezaan antara mentor yang memberi nasihat dan bimbingan mengenai isu; penyambung yang hanya membuat pengenalan dan seorang penyokong yang akan berusaha keras untuk mengesyorkan promosi serta melangkah ke kawasan di mana wanita itu tidak dapat memperjuangkan dirinya sendiri.

Wanita kehilangan penyokong. Pada awal kerjaya mereka, wanita muda akan mulai melihat bahawa mereka akan diabaikan untuk projek menarik dan peranan sokongan kritikal untuk.

Pada masa inilah wanita mesti mula mempertimbangkan bagaimana mereka ingin menaikkan rantaian perintah dan, selain hanya berfikir tentang menyertai program mentor, untuk mula mengenal pasti orang yang boleh menjadi penyokong atau penaja mereka.

Hubungan ini dibina dengan kepercayaan selama bertahun-tahun. Kedua-dua pihak perlu memastikan mereka berjaya supaya reputasi mereka tetap utuh.

Sebagai wanita pertama yang menjadi Setiausaha Negara AS, Madeleine Albright dengan begitu masyhur berkata: "Saya fikir wanita ingin menjaga diri mereka sendiri dan saya berpendapat bahawa mempunyai suara dalam bagaimana hal itu dilakukan sangat penting".

Jika kita benar-benar mahu melihat peralihan bermakna mengenai peningkatan wanita dalam peranan kepemimpinan utama, kita perlu mula melaksanakan 'program penyokong wanita' serta melancarkan program mentor di mana wanita tidak perlu takut mengakui bakat mereka dan di mana pemimpin lain boleh membantu membuka jalan untuk mereka bersinar.

Penulis adalah pengurus dana serantau dengan pengalaman lebih 30 tahun

Berita Harian X