Selasa, 13 Disember 2022 | 12:06pm

Jadi Muslim yang lebih baik

SETIAP individu pasti mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih daripada yang sebelumnya dan niat ini wajar dimulakan dengan memperbaiki solat.

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Ayat ini sekali gus mengukuhkan bahawa jika seseorang berniat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, mulakanlah dengan menunaikan dan memperbaiki solat kerana ia tiang agama.

Dengan adanya peranti mudah alih, proses membaiki solat kini menjadi lebih seronok dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia.

Aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri yang boleh dimanfaatkan berkaitan solat bagi memudahkan seseorang memperbaiki solat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma sekarang dan ubah diri menjadi individu lebih baik.

Berita Harian X