Selasa, 4 Oktober 2022 | 9:06am

Menghafal al-Quran kini lebih mudah

SALAH satu amalan yang baik dan bakal meraih banyak pahala adalah menghafal ayat-ayat suci al-Quran.

Menghafal al-Quran menjadi impian setiap individu bergelar Muslim kerana mempunyai banyak kelebihan antaranya mendapat pahala berlipat kali ganda.

Namun, menghafal al-Quran bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan usaha keras dan waktu.

Justeru, individu harus bijak memanfaatkan masa untuk menghafal al-Quran atau ia hanya akan berakhir menjadi impian sahaja.

Dengan kemajuan teknologi yang kian berkembang, umat Islam kini boleh memanfaatkan al-Quran digital sekali gus memudahkan Muslim untuk lebih kerap membaca dan menghafal al-Quran pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Justeru, aplikasi Waktu Solat Malaysia tampil dengan cara bijak untuk menghafal al-Quran menggunakan teknik pembelajaran dan hafalan yang disokong oleh terjemahan pada setiap ayat.

Ini menjadikan proses menghafal al-Quran lebih efektif, mudah, menyeronokkan serta boleh dilakukan bersama seisi keluarga.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma dan jadikan rutin menghafal al-Quran anda lebih seronok dan mudah.

Berita Harian X