Ahad, 22 Januari 2023 | 9:11am
Memantau tahap tekanan darah boleh dilakukan setiap hari dan pada bila-bila masa dengan alat peranti elak komplikasi sakit jantung. - Foto/Ihsan OMRON Healthcare
Memantau tahap tekanan darah boleh dilakukan setiap hari dan pada bila-bila masa dengan alat peranti elak komplikasi sakit jantung. - Foto/Ihsan OMRON Healthcare

Capai sasaran miliki jantung sihat tahun ini

SUDAH hampir sebulan kita berada dalam tahun 2023. Setiap kali tahun baharu, tradisi paling lazim dilakukan individu adalah berazam mencapai sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dalam aspek tertentu.

Dalam kesibukan rutin seharian bagi mengejar impian agar azam itu mampu direalisasikan, perkara patut diberi perhatian ialah dari segi penjagaan kesihatan kerana ia menjadi kunci utama dalam kehidupan.

Jadi apa kata, pada tahun baharu ini, masukkan azam baharu anda bermula dengan menjaga kesihatan jantung kerana ia sangat penting bagi memastikan tubuh terus berfungsi.

Jantung bertindak mengepam darah melalui sistem peredaran darah untuk menyuburkan organ dan tisu dalam badan.

Jika tidak dijaga sempurna dan mengabaikan amalan gaya hidup sihat ia akan mempengaruhi kesihatan jantung.

Amalan gaya hidup sihat

Justeru, amalan gaya hidup sihat untuk jantung yang sihat itu seharusnya dimulakan dengan diet seimbang dengan pilihan makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

Kombinasi pelbagai jenis sajian rendah gula, garam dan lemak meliputi buah-buahan, sayuran, bijian, kekacang dan protein tanpa lemak akan membantu mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.

Selain itu, amalkan gaya hidup aktif seperti berjalan, berbasikal atau melakukan pelbagai pergerakan badan.

Bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu, 30 minit setiap sesi juga sangat digalakkan bagi membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menstabilkan tekanan darah.

Satu lagi tabiat buruk yang wajar dihentikan adalah merokok kerana ia menyebabkan barah, merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Malah, banyak kajian membuktikan merokok penyebab utama penyakit jantung koronari yang berpunca daripada serangan jantung.

gambar hiasan.
gambar hiasan.

Buat pemeriksaan BP secara berkala

Dalam pada itu, semua amalan hidup sihat itu akan lebih sempurna dengan keprihatinan anda membuat pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan jantung secara berkala.

Pada era tanpa sempadan ini, semuanya itu juga boleh dilakukan sendiri setiap hari dan pada bila-bila masa di rumah bagi memantau tahap tekanan darah (BP).

Apa yang penting ada alat peranti bagi memantau tekanan darah yang berfungsi dan mudah untuk pengurusan tekanan darah harian yang disediakan oleh OMRON Healthcare dari negara Jepun.

Syarikat peneraju dalam pembuatan alat pemantau tekanan darah itu cukup signifikan bagi memantau BP secara berkala dan kesihatan jantung anda berada pada landasan yang betul dengan peranti berkenaan.

Monitor BP OMRON Healthcare HEM-7156 disahkan secara klinikal dan dilengkapi dengan Teknologi Intellisense™ yang secara automatik mengenakan tekanan yang betul pada kaf, seterusnya menghalang ketidakselesaan di lengan dan mendapatkan bacaan yang lebih tepat.

Teknologi, reka bentuk Jepun yang inovatif, produk OMRON memperkasakan anda dengan alat dan maklumat diperlukan untuk penjagaan kesihatan. - Foto/Ihsan OMRON Healthcare
Teknologi, reka bentuk Jepun yang inovatif, produk OMRON memperkasakan anda dengan alat dan maklumat diperlukan untuk penjagaan kesihatan. - Foto/Ihsan OMRON Healthcare

HEM-7156 turut dilengkapi dengan 360° Accuracy IntelliWrap™ Cuff yang mudah dipakai dengan hanya menggunakan satu tangan.

Dibina dengan teknologi dan reka bentuk Jepun yang inovatif, produk OMRON memperkasakan anda dengan alatan dan maklumat diperlukan untuk penjagaan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.omronhealthcare-ap.com/my/

Monitor ini didaftarkan di bawah Akta 737 dengan nombor pendaftaran peranti perubatan: HEM-7156 (GB8793220-41739)

Nombor kelulusan iklan: MDAMD 0006/2022

Berita Harian X