Sabtu, 21 Januari 2023 | 1:40pm
Kecergasan tubuh tidak semestinya perlu babitkan aktiviti lasak. - Foto hiasan
Kecergasan tubuh tidak semestinya perlu babitkan aktiviti lasak. - Foto hiasan

5 trend galak individu bersenam

MENGAMALKAN diet yang sihat dan bersenam antara perkara paling lazim ingin dilakukan. Kajian mendapati kesihatan serta kesejahteraan membawa manfaat besar dalam kehidupan setiap insan, termasuk meningkatkan tumpuan, memori dan banyak lagi.

Menurut Naib Presiden Prestasi Sukan dan Kecergasan Sedunia Herbalife Nutrition, Samantha Clayton, matlamat kecergasan tidak semestinya perlu babitkan aktiviti lasak atau pencapaian luar biasa, sebaliknya, perubahan kecil dalam cara bergerak atau bersenam setiap hari boleh memanfaatkan kesihatan.

Di bawah lima trend kecergasan dicadangkan beliau untuk anda lakukan bagi mendapatkan tubuh sihat.

1. Aktiviti mudah, ringkas untuk bina kecergasan

Berjalan kaki dan berlari penting untuk mengekalkan daya pergerakan dan keupayaan berdikari fizikal, terutama usia lanjut. Cadangan berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari.

Berjalan juga dapat menikmati vitamin D  daripada cahaya matahari, yang penting bagi penyerapan kalsium demi kesihatan tulang.

2. Kecergasan badan - minda

Merujuk aktiviti pergerakan membabitkan minda. Yoga, umpamanya sebagai dorongan positif dan rutin memberi tumpuan membina kesedaran diri serta mengurangkan tekanan.

Yoga boleh mengurangkan tekanan dan minda lebih positif. Foto hiasan
Yoga boleh mengurangkan tekanan dan minda lebih positif. Foto hiasan

Kecergasan badan-minda penting memastikan badan menyesuaikan diri dan menjadi lebih kuat dan cekap.

Selepas senaman, perlu rehat secukupnya dan mengambil makanan berkhasiat.

3. Teknologi kecergasan di rumah

Trend bersenam sendiri di gimnasium di rumah. Malah, aktiviti kecergasan VR (realiti maya) yang kini semakin berkembang maju terutama dalam kalangan belia boleh diaplikasikan.

Permainan dan pengalaman kecergasan VR inovatif boleh akan mendorong lebih ramai insan untuk bersenam.

4. Senaman tergabung

Senaman singkat digandingkan dengan rutin senaman meregangkan badan yang bermanfaat. Kelas senaman hibrid kombinasi dua atau lebih sukan atau jenis senaman mewujudkan konsep lebih bertenaga dan menghasilkan senaman membawa manfaat besar kepada tubuh.

Menggabungkan senaman mencabar keupayaan otot dengan cara baharu dan menyediakan aktiviti baharu untuk manfaat senaman dan elak bosan.

5. Sokongan sosial

Banyak data  menunjukkan sokongan sosial amat berguna untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan, yang mempengaruhi aktiviti fizikal menerusi dorongan untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan diri, sambil meningkatkan keseronokan dan dorongan.

Kajian mendapati,  bersenam dengan rakan akan menjadikan anda lebih bermotivasi untuk hadir, menggalakkan belajar pergerakan baharu dan mendorong bekerja lebih keras.

Ia juga menenangkan daripada melakukannya bersendirian. Jangan lupa senaman menguatkan jantung, paru-paru, otot dan juga minda.

Berita Harian X