Khamis, 25 Februari 2021 | 11:36am
Menjamu selera di tepi kolam renang sambil berlatarbelakangkan panorama pusat komersial di Bangsar South di Hotel VE.- Foto Ihsan Hotel VE
Menjamu selera di tepi kolam renang sambil berlatarbelakangkan panorama pusat komersial di Bangsar South di Hotel VE.- Foto Ihsan Hotel VE

'Cita rasa mewah, harga patut'

MERASAI pengalaman penginapan selesa di hotel dengan layanan eksklusif di zon pusat komersial pasti jadi idaman sekali gus dapat merehatkan minda daripada kesibukan rutin harian.

Hotel VE, umpamanya menawarkan penginapan selesa, di lokasi strategik buat pelancong kota di dalam zon pusat komersial.

Tiga faktor ini ditawarkan hotel bertaraf empat bintang, VE Hotel & Residence (VE) di ibu negara, untuk pelanggan.

Terletak di lokasi yang sinonim dengan gaya hidup serba moden iaitu Bangsar South City, VE direka untuk memenuhi kehendak pelancong yang mementingkan faktor keselesaan pada harga berpatutan.

Direka untuk pelancong yang bercita rasa mewah, VE menyediakan 337 bilik tamu serta 95 unit kediaman servis yang mempunyai satu dan dua bilik berperabot lengkap.

Kamar tidur dengan jendela kaca tinggi memberi keselesaan maksimum kepada penginap Hotel VE. - Foto Ihsan Hotel VE
Kamar tidur dengan jendela kaca tinggi memberi keselesaan maksimum kepada penginap Hotel VE. - Foto Ihsan Hotel VE

Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuk bilik mandi berkonsep terbuka dengan pancuran hujan.

Semua kamar dan suite VE Deluxe dihiasi dengan palet warna lembut menenangkan dan mempunyai tingkap besar untuk cahaya alami.

Tetamu juga diberi pilihan antara katil bersaiz king atau sepasang katil single bergantung kepada keselesaan dimahukan.

Setiap unit apartmen servis mempunyai peralatan dapur moden lengkap seperti mesin cuci dan pengering, perkhidmatan pengemasan harian serta daftar masuk dan akses lif berasingan.

Lebih istimewa, hotel ini turut menyediakan kemudahan WiFi yang baik, layanan kelas pertama dan kemudahan pengangkutan yang menghubungkan destinasi utama.

Selain berhampiran hab pengangkutan bersepadu di ibu kota iaitu KL Sentral, lokasi hotel ini juga berdekatan dengan stesen Transit Aliran Ringan utama yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut ditawarkan tempat makan menyajikan hidangan enak, ruang bersosial dan kemudahan lain seperti pusat penjagaan kesihatan dan aktiviti beriadah.

Untuk menjamu selera, hiburan dan kesihatan, hotel ini menyediakan podium gaya hidup di lantai mezzanine aras tiga (M3). Ruang ini menempatkan restoran The Straits Estate yang beroperasi sepanjang hari.

Hotel ini turut menyediakan tiga ruang makan peribadi, ruang makan di luar, kolam renang tanpa batas dan pusat kecergasan 24 jam serba lengkap.

Kemudahan selesa dan praktikal dengan kemasan berciri urban menanti tetamu di Hotel VE.- Foto Ihsan Hotel VE
Kemudahan selesa dan praktikal dengan kemasan berciri urban menanti tetamu di Hotel VE.- Foto Ihsan Hotel VE

Menyedari pelanggan mereka bukan sahaja terhad kepada pelancong yang ingin bermalam, VE turut menyediakan ruang untuk penganjuran acara dan mesyuarat.

Dihiasi dengan tingkap panel kaca dari lantai ke langit-langit, setiap bilik mesyuarat dan bilik acara yang terletak di aras M3 turut dihiasi dengan cahaya semula jadi yang mempesonakan.

Kemudahan pakej yang ditawarkan serta ruang yang disediakan amat bersesuaian untuk penganjuran program latihan dan mesyuarat, acara koktel serta majlis perkahwinan di tepi kolam renang.

Semua kemudahan disediakan menjadikan VE sesuai dijadikan tuan rumah sekali gus memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Bagi mereka ingin menikmati keistimewaan yang disediakan hotel terbabit, VE menawarkan harga yang cukup menarik serta eksklusif iaitu RM202 untuk penginapan selama tiga hari dua malam.

Pelanggan berminat boleh layari laman web www.vehotel.com atau hubungi talian 03-22462888 serta e-mel kepada info@vehotel.com.

Tempahan pada harga istimewa berakhir Ahad ini manakala tempoh penginapan ditawarkan sehingga 31 Mei depan.

Berita Harian X