Ahad, 14 Februari 2021 | 10:30am
Nikmati udara nyaman, mandi di sungai jernih dan makan ubi kayu sambil nikmati pemandangan berlatar belakang gunung-ganang di perkampungan Orang Asli di Pos Gob. - NSTP/Ramli Ibrahim
Nikmati udara nyaman, mandi di sungai jernih dan makan ubi kayu sambil nikmati pemandangan berlatar belakang gunung-ganang di perkampungan Orang Asli di Pos Gob. - NSTP/Ramli Ibrahim

Makan ubi kayu bakar di Pos Gob

WALAUPUN terpaksa melalui jalan mencabar sejauh 80 kilometer dan redah beberapa kawasan berlumpur, antara pengalaman getir, namun sampai saja ke Pos Gob, Gua Musang, Kelantan, ia cepat hilang penat.

Lega dan puas, dapat melihat panorama indah di perkampungan Orang Asli Pos Gob berlatar belakang gunung-ganang dan air sungai mengalir jernih.

Aktiviti lasak redah kawasan perkampungan Orang Asli di Pos Gob. - NSTP/Ramli Ibrahim
Aktiviti lasak redah kawasan perkampungan Orang Asli di Pos Gob. - NSTP/Ramli Ibrahim

Paling istimewa pengunjung khusus pelancong dalam dan luar negara dapat menyelami cara hidup Orang Asli tinggal di chalet menyerupai kediaman mereka.

Kemudahan 20 chalet di pinggir sungai dibuat dengan kayu hutan, buluh dan atap daun bertam selesa ketika bermalam.

Tinggal di pinggir sungai dibuat daripada kayu hutan, buluh dan atap daun bertam antara pengalaman indah di Pos Gob. - NSTP/Ramli Ibrahim
Tinggal di pinggir sungai dibuat daripada kayu hutan, buluh dan atap daun bertam antara pengalaman indah di Pos Gob. - NSTP/Ramli Ibrahim

Pusat pelancongan terbaharu Pos Gob diperkenalkan beberapa tahun lalu atas dorongan, nasihat dan batuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berikutan kawasannya strategik.

Suasana tenang, udara nyaman

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Gob, Disman Angah, berkata, mereka yang suka aktiviti lasak sesuai meredah kawasan itu.

Ramai pelancong menginap di chalet disediakan ala kediaman asal Orang Asli rasa puas dan gemar datang lagi.

Pos Gob destinasi pelancongan menarik dan sesuai untuk mencari ketenangan.

"Walaupun jauh dan melalui perjalanan mencabar, namun tak rasa keperitan kalau kita suka keadaan itu.

"Yang menarik dapat menikmati udara nyaman dan menyegarkan badan ketika mandi di sungai, airnya bersih dan sejuk," katanya.

Berkelah di pinggir sungai dan sambil beriadah pengalaman menarik di Pos Gob.
Berkelah di pinggir sungai dan sambil beriadah pengalaman menarik di Pos Gob.

Makan ubi kayu dibakar

Peserta konvoi pacuan empat roda ke Pos Gob, Hanif Mohamad, 32, berkata suasana Pos Gob berlatar belakangkan banjaran gunung-ganang amat mengagumkan dan menceriakan hidup.

Rasa damai dan seronok beramah mesra dengan Orang Asli sambil makan ubi kayu bakar.

"Menginap di chalet ala pondok Orang Asli ternyata berbeza dan pasti saya akan datang lagi," katanya.

Tempat ini sesuai datang bersama keluarga tinggal di chalet. Batu dalam sungai Pos Gob cantik untuk bergambar.

"Penat redah jalan balak dan hamparan pemandangan indah sungguh mengujakan," katanya.

Berita Harian X