Isnin, 8 November 2021 | 11:02am
Lembu sado boleh mencapai berat 1,000 kg berbanding baka lembu tempatan hanya 200 kg.- Foto/Ihsan JPV
Lembu sado boleh mencapai berat 1,000 kg berbanding baka lembu tempatan hanya 200 kg.- Foto/Ihsan JPV
Harga lembu sado boleh mencecah melebihi RM15,000 seekor.- Foto/Ihsan JPV
Harga lembu sado boleh mencecah melebihi RM15,000 seekor.- Foto/Ihsan JPV
Antara baka lembu hibrid dijangka boleh hidup hingga 20 tahun.- Foto/Ihsan JPV
Antara baka lembu hibrid dijangka boleh hidup hingga 20 tahun.- Foto/Ihsan JPV
Lembu hibrid juga diberi makan dedak dan rumput untuk menambah berat badan dan mendapatkan daging berkualiti. - Foto/Ahmad Rabiul Zulkifli.
Lembu hibrid juga diberi makan dedak dan rumput untuk menambah berat badan dan mendapatkan daging berkualiti. - Foto/Ahmad Rabiul Zulkifli.
Dr Saifullizam Abd Kadir
Dr Saifullizam Abd Kadir

Lembu 'sado' seberat 1,000 kilogram jadi buruan

SAIZ dan berat lembu mencecah sehingga satu tan atau 1,000 kilogram (kg) sudah cukup untuk menjadikan haiwan ternakan ini menarik perhatian ramai, selain pastinya memberikan laba berlipat kali ganda kepada pemiliknya.

Baka hibrid atau dikenali lembu 'sado' mempunyai saiz tiga kali ganda lembu tempatan ini, menjadi buruan penternak.

Rekod jualan tertinggi lembu sado baka limosin pernah dijual pada berharga RM42,500 seekor di Kelantan, manakala baka lembu Charolais dijual di Terengganu berharga RM25,000.

Selain dikacukkan dengan baka Kedah Kelantan, lembu itu turut dikacukkan dengan lembu baka Brahman diimport dari Australia, tetapi mempunyai baka tropika yang ada di Malaysia sejak dulu.

Menariknya, lembu ini mampu menghasilkan otot berganda dihasil daripada campuran dua baka pula mampu mencecah berat antara 600 kg hingga 1,000 kg, berbanding lembu tempatan Kedah/Kelantan beratnya hanya 200 kg.

Jika seekor lembu tempatan dijual dengan harga RM6,000 seekor, tetapi lembu hibrid purata harga RM15,000 seekor bergantung kepada saiz. Malah harganya juga berubah dan boleh lebih mahal.

Seekor lembu hibrid yang matang boleh disembelih apabila mencecah usia tiga tahun atau mencecah 600 kg.

Mengapa saiznya begitu besar?

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi Penternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Dr Saifullizam Abd Kadir, berkata lembu itu dihasilkan dengan menggunakan teknik Permanian Beradas (AI).

Teknik AI adalah cara untuk mengahwinkan ternakan apabila benih atau air mani lembu jantan tulen yang diimport dari luar negara dimasukkan ke dalam alat kelamin lembu betina tempatan.

Teknik Permanian Beradas mencampurkan air mani lembu jantan tulen diimport dengan lembu betina tempatan.- Foto/Ihsan JPV
Teknik Permanian Beradas mencampurkan air mani lembu jantan tulen diimport dengan lembu betina tempatan.- Foto/Ihsan JPV

"Benih baka lembu kebanyakan diimport dari Perancis, United Kingdom, Australia dan Eropah akan disaring terlebih dahulu sebelum dibawa masuk bagi mengelak sebarang penyakit.

"Benih dibekukan dibawa dengan diletakkan di dalam tiub yang disimpan dalam tangki stok berisi cecair Liquid Nitrogen dan mampu tahan tempoh lama," katanya.

Teknik permanian beradas

Teknik AI dilakukan dengan menggunakan alat dinamakan pistolet untuk memasukkan benih ke dalam kelamin lembu betina.

Waktu sesuai memasukkan benih apabila melihat keadaan lembu betina sudah bersedia untuk mengawan.

"Selepas memasukkan benih itu, lembu betina akan bunting kira-kira sembilan bulan sebelum melahirkan anak lembu hibrid dan boleh dilakukan lagi teknik AI apabila haiwan sudah bersedia mengawan lagi," katanya.

Anak lembu dilahirkan itu apabila sudah matang, iaitu berusia dua tahun akan dilakukan juga teknik AI menggunakan benih import.

Menggunakan alat, pistolet dengan memasukkan benih ke dalam kelamin lembu betina. - Foto/Ihsan JPV
Menggunakan alat, pistolet dengan memasukkan benih ke dalam kelamin lembu betina. - Foto/Ihsan JPV

"Ia mampu menghasilkan baka lebih baik kerana hasil dua campuran dengan baka import. Tetapi, berat lembu juga bergantung kepada faktor pemakanan," katanya.

Teknik AI mula diperkenalkan di negara ini sejak awal tahun 2000.

Benih itu diberikan secara percuma kepada penternak untuk menghasilkan ternakan hibrid yang kemudian dikategorikan sebagai lembu tempatan kerana dihasilkan di dalam negara.

"Sejak tahun ini, JPV mula menghasilkan sendiri benih lembu di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Jerantut, Pahang.

"Benih itu dihasilkan daripada lembu jantan pelbagai baka yang diimport termasuk dari Australia. Baru-baru ini, kita mengimport senam ekor lembu baka Limousine berharga RM60,000 seekor.

"Kita akan ambil benih dari lembu itu dan simpan di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Jerantut sebelum diedarkan secara percuma kepada penternak di seluruh negara," katanya.

Benih baka lembu

Dr Saifullizam berkata, ada penternak mengimport sendiri benih lembu dari luar negara untuk kegunaan sendiri atau dijual.

Benih baka lembu diimport boleh dibeli berharga antara RM30 sehingga RM200 bagi satu tiub bergantung kepada jenis baka.

"Ada penternak menawarkan perkhidmatan menyuntik benih kepada lembu. JPV memang menggalakkannya kerana kami kekurangan tenaga kerja," katanya.

Penternak yang menawarkan perkhidmatan itu turut didaftarkan di bawah JPV dan diberikan sijil, selain dipantau mereka.

Kelantan negeri paling ramai penternak lembu hibrid berskala kecil, iaitu 15,000 orang, diikuti Terengganu (6,000), Johor (2,000), selain jumlah kecil di Perak, Selangor dan Kedah.

Permintaannya semakin tinggi terutama pada Aidiladha.

Jangka hayat lembu sado

Namun, lembu disimpan lebih lama mampu menjadi lebih berat, namun berisiko tinggi mendapat penyakit, berat menurun dan akan merugikan penternak.

"Jangka hayat boleh cecah sehingga 20 tahun, namun bergantung kepada kegunaan. Jika untuk dapatkan daging, ia perlu disembelih apabila mencecah usia dua sehingga tiga tahun.

"Jika untuk pembiakan, lembu hibrid boleh dipelihara sehingga usia lapan tahun.

"Daging lembu hibrid dan tempatan biasa ada sedikit perbezaan, bergantung cara penternak dan makanan. Ada beri 70 peratus dedak dan 30 peratus rumput. Makanan penting untuk daging yang berkualiti, tumbesaran ternakan baik dan mengelak bantut," katanya.

Namun, haiwan ternakan berisiko terkena pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit kaki dan mulut (FMD), osteoporosis dan penyakit hawar atau Heamoragic Septicaemia (HS).

"Setahun sekali kita buat penyaringan penyakit dilakukan dengan pemeriksaan fizikal dan jika ada penyakit sampel darah diambil dan diberikan ubat atau vaksin," katanya.

Penternak perlu ada ilmu berkaitan untuk

memastikan lembu sentiasa sihat sebelum mengusahakan berskala besar.

Sebelum menternak, mereka perlu ikuti kursus disediakan JPV atau badan swasta lain.

Pertandingan lembu sado

Pelbagai pameran diadakan seperti di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), banyak maklumat mengenai penternakan terutama lembu hibrid.

Ada banyak pameran dan pertandingan lembu hibrid diadakan di peringkat negeri.

"Ia sebagai cara mempromosikan lembu sado untuk galakkan golongan muda menternak yang mampu menjana pendapatan lumayan dan meningkatkan industri penternakan negara," katanya.

Tujuan utama menghasilkan lembu hibrid kerana mahu mengembangkan serta meningkatkan populasi ternakan dan tanaman negara.

Usaha menghasilkan sendiri makanan dalam negara amat penting terutama dalam keadaan negara dan seluruh dunia berdepan pandemik COVID-19 ketika ini.

INFO: Jenis baka lembu

  • Limousine, Charolaise, Blonde D'Aquitaine, Belgian Blue, Herefold, Droughtmaster, Simmental
  • Saiz lembu hibrid cecah 1,000 kg
  • Tempoh bunting lembu betina 9 bulan
  • Mengapa gunakan teknik AI?

    >li>Cepat membesar

    >li>Hasilkan lebih banyak daging dan susu

    >li>Lahirkan anak lebih baik

    >li>Memperluaskan guna benih lembu bermutu tinggi

    >li>Jimatkan masa, tenaga dan wang

    >li>Mencegah jangkitan penyakit kelamin

    Berita Harian X