Selasa, 27 September 2022 | 4:00pm
Ananta yang dikenali dalam kalangan peminat sebagai AJ cukup berpuas hati dengan sambutan penonton di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Ananta yang dikenali dalam kalangan peminat sebagai AJ cukup berpuas hati dengan sambutan penonton di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Filem usaha sama Bangladesh-Malaysia tahun depan

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Din-The Day, Ananta Jalil mahu merealisasikan projek impian, iaitu menghasilkan filem usaha sama antara Bangladesh dan Malaysia untuk ditayangkan pada sambutan Tahun Baharu Cina atau Aidilfitri, tahun depan.

Ananta yang turut berlakon dalam filem Din-The Day yang mula ditayangkan di 20 pawagam di Malaysia sejak 16 September lalu, tidak sabar membina 'jambatan harmoni' antara dua negara melalui projek filem.

"Saya yakin filem usaha sama itu ada potensi menarik penonton jika kita berjaya menghasilkan filem yang dapat membawa isu hubungan baik rakyat dua negara," katanya kepada BH Online.

Din-The Day mengisahkan kejayaan polis Bangladesh dan Interpol menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyasarkan pekerja imigran Bangladesh.

Selain ibu negara, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi kedua dikunjungi Ananta untuk bertemu dengan penonton filem berkenaan.

Ananta (kanan) bersama isterinya, Barsha pada sidang media mempromosikan Din-The Day, baru-baru ini.
Ananta (kanan) bersama isterinya, Barsha pada sidang media mempromosikan Din-The Day, baru-baru ini.

Ananta yang dikenali dalam kalangan peminat sebagai AJ cukup berpuas hati dengan sambutan penonton di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

"Disebabkan sambutan luar biasa di TGV KLCC, saya dimaklumkan pengurusan pawagam membuka dua dewan lagi selepas tayangan hari pertama di tiga dewan sesak.

"Sama juga keadaannya di Johor Bahru," katanya.

Filem Din-The Day dihasilkan pengarah dari Iran, Murtaza Atashzamzam.

Filem lakonan AJ dan isterinya, Barsha itu menjalani penggambaran di Iran, Turkiye dan Afghanistan.

Berita Harian X