Sabtu, 9 Julai 2022 | 4:02pm
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan.
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan.

Mat Kilau lepasi sasaran, kutip RM61 juta

KUALA LUMPUR: Akhirnya, kutipan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sudah mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan, sekali gus melebihi sasaran yang dijangkakan.

Sebelum ini, pengarahnya, Syamsul Yusof meletakkan sasaran maksimum mampu mencapai kutipan RM60 juta.

"Alhamdulillah atas kenikmatan dan kejayaan ini. Angka RM61 juta dalam masa 17 hari satu pencapaian tidak pernah disangka akan pergi sejauh ini," katanya kepada BH Online.

Diterbitkan Studio Kembara, kos pembikinan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berdasarkan fakta sejarah membabit bajet RM8 juta.

Naskhah yang sarat dengan elemen cintakan agama, bangsa dan tanah air itu dibintangi pelakon, Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Johan As'ari, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Berita Harian X