Ahad, 4 Disember 2022 | 2:53pm
Kak Ogy kini hanya menghitung waktu menanti hari yang disiifatkan penuh bahagia.
Kak Ogy kini hanya menghitung waktu menanti hari yang disiifatkan penuh bahagia.

Kak Ogy terima pinangan?

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.

Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disiifatkan penuh bahagia itu.

Menerusi hantaran dalam Facebook (FB), Kak Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu.

Kak Ogy muat naik hantaran dalam media sosial yang menggambarkan perasaannya.
Kak Ogy muat naik hantaran dalam media sosial yang menggambarkan perasaannya.

"Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima.

"Majlis minggu depan, tak sabarnya kita," tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial itu turut mendoakan supaya dipermudahkan setiap apa yang dirancang dan sentiasa beroleh kebahagiaan.

"Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya," kata Asry Azizan.

"Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat," kata Sharifah Meryam Al-Attas.

"Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira," kata Eleen Arisha.

Dalam pada itu, Kak Ogy turut memuatnaik hantaran sama di Instagram (IG) beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

"Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah," katanya.

Berita Harian X