Khamis, 4 Ogos 2022 | 8:37pm
AG menitipkan kata semangat dan sokongan buat Noh, biarpun kini menetap di United Kingdom.
AG menitipkan kata semangat dan sokongan buat Noh, biarpun kini menetap di United Kingdom.

Beri ruang kepada Noh - AG Coco

KUALA LUMPUR: Komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco belum sempat berbicara dengan rakan baiknya, Noh Salleh berhubung dakwaan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

AG atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz yang kini menetap di United Kingdom berkata, dia mahu memberi ruang kepada vokalis kumpulan Hujan.

"Untuk Noh, apa juga terjadi, awak perlu tahu saya dan rakan lain sentiasa bersama. Kami membesar dan berjuang bersama dalam arena muzik.

"Jadi, tidak kisahlah apa juga pancaroba berlaku atau kita terpisah jauh, keutuhan persahabatan sebati dalam diri kita.

"Kita sudah lama kenal hati budi dan jiwa masing-masing.

"Lalu, apapun terjadi, pasti ada hikmah yang Allah sudah atur," kata AG dihubungi BH Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.
Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.

AG berkata, dia percaya ujian yang berlaku dalam rumah tangga Noh dan Mizz Nina memberi isyarat besar dalam hidup.

"Saya percaya fasa dilalui Noh dan Nina menjadi cerminan buat kita semua untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan.

"Sekali gus, menjadi insan dan hamba-Nya yang baik. Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik buat Noh dan Nina kerana kita kena percaya ketentuan qada dan qadar," katanya.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, cubaan BH Online mendapatkan kenyataan daripada pasangan berkenaan tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Berita Harian X