Ahad, 24 Julai 2022 | 12:00pm
Ariff memuat naik foto sedang memangku anak sulung yang dilahirkan, awal pagi ini. - Foto IG Ariff Bahran
Ariff memuat naik foto sedang memangku anak sulung yang dilahirkan, awal pagi ini. - Foto IG Ariff Bahran

Ariff Bahran timang anak lelaki

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Ariff Bahran, Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat melahirkan anak lelaki sulung, jam 3.32 pagi tadi.

Berita gembira dikongsikan penyanyi lagu popular Kata Akhirmu menerusi hantaran Instagram miliknya, pagi ini.

"Alhamdulillah. Kami sangat bangga dengan kamu. Kamu kini anak lelaki saya," tulisnya.

Menerusi entri berbentuk video itu, Ariff berkongsi visual isterinya sedang menenangkan bayi yang sedang menangis.

Ariff dan Amirah Syazwani mendirikan rumah tangga pada 3 September, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam. - Foto IG Ariff Bahran
Ariff dan Amirah Syazwani mendirikan rumah tangga pada 3 September, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam. - Foto IG Ariff Bahran

Turut dimuat naik, fotonya sedang memangku zuriatnya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar isteri dan bayinya tersebut sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Terdahulu, Ariff dan Amirah Syazwani mendirikan rumah tangga pada 3 September, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Berita Harian X