Selasa, 21 Jun 2022 | 12:45pm
 Sharnaaz memeluk dan mencium anak kesayangan, Jebat Jayden sejurus dibebaskan dengan ikat jamin semalam. - Foto IG Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz memeluk dan mencium anak kesayangan, Jebat Jayden sejurus dibebaskan dengan ikat jamin semalam. - Foto IG Sharnaaz Ahmad

Momen Sharnaaz peluk, cium Jebat ditonton 1 juta pengikut IG

KUALA LUMPUR: Momen aktor sensasi, Sharnaaz Ahmad peluk dan cium anak kesayangan, Jebat Jayden sejurus dibebaskan semalam menarik perhatian ramai, malah, ditonton 1 juta pengikutnya menerusi video reels dalam Instagram (IG).

Menerusi hantaran video bertulis kapsyen, 'Saya okay, insya-Allah. Baba sayang kamu (Jebat).'

Selain pengikut IG, ramai teman artis menulis komen memberikan semangat kepada aktor berimej berjambang itu.

Antaranya, Fauziah Nawi, PU Haris, Jasmin Hamid, Datuk Shah Rezza, Shiha Zikir, Fizo Omar, Siti Elizad, Beto Kusyairy, Dayah Bakar, Jep Sepahtu dan Niezam Zaidi.

"Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Tambah pula bergelar bapa tunggal, dialah satu-satunya harta saya dunia akhirat.

"Walaupun masih kecil untuk mengetahui apa yang terjadi, saya harus mengutamakan dan melindungi Jebat.

"Saya tak boleh membayangkan hidup tanpa Jebat. Semoga Allah melindungi silaturahim antara kami," katanya ketika dihubungi BH, sebenar tadi.

Sharnaaz tidak boleh membayangkan hidup tanpa anak kesayangannya, Jebat Jayden. - Foto IG Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz tidak boleh membayangkan hidup tanpa anak kesayangannya, Jebat Jayden. - Foto IG Sharnaaz Ahmad

Bagaimanapun, aktor yang diangkat Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-30 itu menolak dengan baik untuk mengulas isu yang mengheretnya sehingga ditahan reman selama tiga hari, Sabtu lalu.

Semalam, pelakon filem Jebat itu dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, Khamis lalu.

Sharnaaz ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, mengakui panas baran adalah sinonim dengannya.

"Apa yang saya boleh katakan, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu.

"Kenyataan keluar hanya dari sebelah sana, belum lagi dari pihak saya.

"Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan, tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis.

"Saya juga akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat ini," katanya seperti dilaporkan HM Online.

Berita Harian X