Ahad, 17 April 2022 | 12:34am
Puteri Sarah mendakwa diganggu seorang wanita yang dikatakan menjalin hubungan dengan suaminya sejak 2019. Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah mendakwa diganggu seorang wanita yang dikatakan menjalin hubungan dengan suaminya sejak 2019. Foto IG Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah kesal wanita tak henti ganggu

KUALA LUMPUR: "Di bulan baik ini, saya doakan kalian berdua (termasuk suami, Syamsul Yusof) diberikan hidayah."

Demikian kenyataan pelakon, Puteri Sarah Liyana yang gagal menyembunyikan perasaan kesal apabila sering diganggu seorang wanita yang didakwa bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

"Dari dahulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar.

"Anda kacau mental saya dari 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.

"Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

"Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur.

Hantaran dimuat naik Puteri Sarah di Instagram Story (IGs) kira-kira 10 jam lalu yang antara lain memohon agar suami dan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka, diberikan hidayah pada bulan mulia ini. Foto IG Puteri Sarah Liyana
Hantaran dimuat naik Puteri Sarah di Instagram Story (IGs) kira-kira 10 jam lalu yang antara lain memohon agar suami dan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka, diberikan hidayah pada bulan mulia ini. Foto IG Puteri Sarah Liyana

"Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja," katanya dalam hantaran di Instagram Story (IGs), semalam, lapor Harian Metro Online.

Menurut Puteri Sarah, dia ingin berpesan kepada wanita terbabit untuk berhenti mengganggunya.

"Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung.

"Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini," katanya.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan wanita terbabit yang dikatakan tidak putus asa mengganggu suami orang.

"Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan? Semuanya tak kekal. Malah, baru-baru ini pun anda ada teman lelaki, kan? Mana pergi semua teman lelaki anda?

"Kenapa nak kena kejar suami orang lagi?

"Memang tiada maruah ke 'hadap' suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.

"Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya," katanya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa sedang dilanda masalah sehingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia 'dingin'.

Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata. HM ONLINE

Berita Harian X