X
Khamis, 10 Februari 2022 | 5:09pm
Yana yang sudah 10 hari menjalani kuarantin kendiri memaklumkan keadaan kesihatannya sudah semakin baik. - Foto IG Shalma Eliana
Yana yang sudah 10 hari menjalani kuarantin kendiri memaklumkan keadaan kesihatannya sudah semakin baik. - Foto IG Shalma Eliana

Yana positif COVID-19, alami gejala teruk

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Your Loss, Shalma Eliana, 22, mengesahkan dirinya positif COVID-19, baru-baru ini.

Berkongsi khabar duka menerusi Instagram (IG) Story, semalam, Shalma atau lebih mesra dengan panggilan Yana memaklumkan, dirinya mengalami gejala teruk.

"Hello semua. Satu peringatan untuk anda, sila jaga keselamatan. Setiap orang mengalami gejala berbeza dan saya paling teruk. Dan sudah tentu saya tak mahu anda mengalami gejala sama dengan saya.

"Saya hanya dapat tidur untuk beberapa jam disebabkan sakit tekak yang melampau. Telinga sakit, hidung tersumbat dan leher sakit yang teramat disebabkan bengkak pada bahagian tekak," tulisnya.

Yana memaklumkan, dirinya mengalami gejala teruk selepas positif COVID-19, baru-baru ini. - Foto IG Shalma Eliana
Yana memaklumkan, dirinya mengalami gejala teruk selepas positif COVID-19, baru-baru ini. - Foto IG Shalma Eliana

Tambahnya, paling menyeksakan apabila gejala membuatkannya mengalami kesukaran untuk bernafas.

"Disebabkan tekak membengkak, saya sukar bernafas dengan betul dan terpaksa bernafas melalui mulut.

"Saya juga mengalami kesukaran bersin, menguap, makan dan minum. Namun, saya paksa diri makan walaupun sedikit.

"Walaupun demam sudah kebah, tetapi saya tetap tak cukup rehat. Sebagai pengidap insomnia, kesakitan ini langsung tidak membantu," luahnya.

Menerusi perkongsian terbaru dalam IG Story, Yana yang sudah 10 hari menjalani kuarantin kendiri memaklumkan keadaan kesihatannya sudah semakin baik.

"Saya hampir hampir lima kilogram dan tekak juga semakin pulih. Alhamdulillah," ujarnya dalam hantaran dalam IG.

Berita Harian X