Sabtu, 1 Januari 2022 | 3:58pm
Azzam berkongsi, belum sempat reda perasaan gemuruh selepas terbabit dengan SFMM36, ia berlarutan hingga saat diijabkabulkan, pagi ini. - Foto Azzam Sham
Azzam berkongsi, belum sempat reda perasaan gemuruh selepas terbabit dengan SFMM36, ia berlarutan hingga saat diijabkabulkan, pagi ini. - Foto Azzam Sham
Azzam dan Sheryl memilih 1 Januari untuk mengotakan janji mendirikan mahligai rumah tangga pada awal tahun. - Foto IG Azzam Sham
Azzam dan Sheryl memilih 1 Januari untuk mengotakan janji mendirikan mahligai rumah tangga pada awal tahun. - Foto IG Azzam Sham

Azzam, Sheryl bergelar suami isteri

KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, pasangan penyanyi, Azzam Sham, 25, dan Sheryl Shazwanie, 25, sah bergelar suami isteri di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, di sini, jam 10 pagi ini.

Seterusnya, pasangan mempelai diraikan dalam majlis resepsi selepas acara akad nikah di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

Azzam atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan berbelas dulang hantaran. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Mengotakan janjinya mendirikan mahligai rumah tangga pada awal tahun, Azzam berkata, dia bersyukur majlis perkahwinannya berjalan lancar.

"Alhamdulillah, perhubungan cinta akhirnya menyatukan kami sebagai suami isteri.

"Jujurnya, saya dan Sheryl merancang ke arah perkahwinan apabila hubungan cinta makin mekar. Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami," katanya kepada BH Online.

Azzam berkongsi, belum sempat reda perasaan gemuruh selepas terbabit dengan SFMM36, ia berlarutan hingga saat diijabkabulkan, pagi ini. - Foto IG Azzam Sham
Azzam berkongsi, belum sempat reda perasaan gemuruh selepas terbabit dengan SFMM36, ia berlarutan hingga saat diijabkabulkan, pagi ini. - Foto IG Azzam Sham

Juara program realiti, Big Stage musim ketiga itu berkata, belum sempat perasaan gemuruh reda selepas terbabit dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36), ia berlarutan hingga saat diijabkabulkan, pagi ini.

"Semalam, buat kali pertama saya mara ke pentas SFMM36 menerusi lagu Cinta Jangan Pergi.

"Perasaan gemuruh usah cerita, ia bersambung pula pagi ini. Namun, rasa gementar lebih kuat lagi berbanding naik pentas SFMM36.

"Alhamdulillah, mujur berjaya dengan hanya sekali lafaz. Lega akhirnya semua selesai dengan baik," katanya.

Terdahulu, Azzam dan Sheryl saling mengenali sejak 2015, namun, mula akrab sejak dua tahun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan pada penghujung September lalu.

Berita Harian X