Isnin, 27 Disember 2021 | 6:01pm
Ebby menjalani ujian imbasan X-Ray kerana doktor ingin memeriksa keadaan paru-paru, petang ini. - Foto IG Ebby Yus
Ebby menjalani ujian imbasan X-Ray kerana doktor ingin memeriksa keadaan paru-paru, petang ini. - Foto IG Ebby Yus

Ebby masuk hospital akibat cirit-birit

KUALA LUMPUR: Keadaan pelawak Ebby Yus, 56, dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan pembantu peribadinya, Khairul Ilmi kepada BH Online.

Khairul berkata, Ebby ditahan di HKL selepas mengalami cirit-birit ketika mendapatkan rawatan.

"Keadaan Ebby tidak membimbangkan. Ebby sangat okay, tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Insya-Allah, Ebby dijangka dibenarkan pulang esok sekiranya tiada sebarang masalah.

"Ebby menjalani ujian imbasan X-Ray kerana doktor ingin memeriksa keadaan paru-paru, petang ini," katanya kepada BH Online.

Ebby ditahan di HKL selepas mengalami cirit birit ketika mendapatkan rawatan. - Foto IG Ebby Yus
Ebby ditahan di HKL selepas mengalami cirit birit ketika mendapatkan rawatan. - Foto IG Ebby Yus

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid berdepan ujian bertimpa-timpa.

Sabtu lalu, mahligai dibina di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat dihanyutkan arus deras dalam musibah banjir yang melanda beberapa daerah di Selangor.

Rumah dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina secara berdikit-dikit sejak empat tahun lalu hasil daripada pendapatannya dalam dunia seni.

Pada Oktober lalu, pelawak berasal Negeri Sembilan itu mengalami serangan jantung ketika berada dalam pesawat untuk menunaikan umrah.

Rentetan itu, Ebby ditahan di sebuah hospital di Maldives selama sehari. Selepas empat hari terkandas di negara itu, Ebby meneruskan penerbangan ke Tanah Suci Makkah bersama Ustaz Ashraf dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah.

Dua tahun lalu, Ebby dilaporkan menghidap sakit buah pinggang tahap tiga dan masalah lemah jantung.

Berita Harian X