Selasa, 12 Januari 2021 | 8:30am
Aishah antara finalis yang akan bersaing pada malam kemuncak AJL35 yang akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari depan. Foto Muzik Muzik Official
Aishah antara finalis yang akan bersaing pada malam kemuncak AJL35 yang akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari depan. Foto Muzik Muzik Official

AJL35 : 12 finalis tandatangani aku janji

KUALA LUMPUR: Dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 diwajibkan menandatangani aku janji agar tidak menonjolkan elemen yang boleh mencetuskan kontroversi dalam persembahan.

Penerbit Eksekuitf AJL35, Nurhul Huda Khalid, berkata langkah itu diambil bagi mengelak berulangnya insiden 'hangat' di pentas AJL, tahun lalu.

"Kali ini, produksi mewajibkan setiap peserta menandatangani perjanjian sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sebelum ini, kita ada menetapkan syarat elemen yang dibenarkan atau dilarang dalam persembahan.

Bersaing lagi pada edisi ke-35 dengan lagu Semalam, aksi Aina ketika mendendangkan lagu Sumpah pada AJL34 mencetuskan kontroversi. Foto IG Muzik Muzik Official
Bersaing lagi pada edisi ke-35 dengan lagu Semalam, aksi Aina ketika mendendangkan lagu Sumpah pada AJL34 mencetuskan kontroversi. Foto IG Muzik Muzik Official

"Cuma kali ini, kita mahu ianya dibuat secara bertulis," katanya kepada BH Online.

Tahun lalu, malam kemuncak AJL34 menjadi perdebatan netizen apabila persembahan Aina Abdul dan kumpulan Drama Band didakwa tidak sesuai untuk tontonan umum.

Nurhul Huda berkata, surat aku janji itu disediakan Jabatan Perundangan syarikat yang akan diserahkan kepada semua finalis.

"Antara lain perjanjian itu menetapkan syarat seperti tiada unsur politik, keganasan dan pakaian yang mencolok mata ditonjolkan dalam persembahan," katanya.

Kelmarin, TV3 mengumumkan AJL35 pada 7 Februari depan, dikendalikan dalam norma baharu.

Banyak perubahan dibuat mengikut SOP antaranya tiada penonton dan lokasi acara ditukar dari Axiata Arena, Bukit Jalil ke Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Premis baharu dipilih atas faktor kapasiti kru dan pihak lain yang terbabit dalam produksi AJL35 dikurangkan.

Berita Harian X