Sabtu, 14 November 2020 | 12:58am
Penyanyi adik beradik, Azlina Aziz, dan Liza Aziz bersama Noki K-Clique, membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto NSTP
Penyanyi adik beradik, Azlina Aziz, dan Liza Aziz bersama Noki K-Clique, membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto NSTP

Persembahan bertenaga Azlina, Liza Aziz

KUALA LUMPUR: Penyanyi adik beradik, Azlina Aziz dan Liza Aziz mengubat kerinduan peminat apabila muncul membuat persembahan malam kemuncak ABPBH 33.

Kemunculan mereka sememangnya dinantikan ramai terutama selepas penganjur mengumumkan nama Azlina dan Liza antara barisan artis yang terbabit untuk membuat persembahan .

Dua pemilik vokal hebat ini menyampaikan tiga lagu secara medley iaitu Wajah Siapa Di Hatimu, Pengorbanan dan lagu rancak, Bermula Cerita yang menyaksikan penampilan khas Noki K-Clique.

Apa yang menarik, dua beradik ini bukan sahaja memukau penonton dengan vokal ampuh tetapi mempamerkan kebolehan mereka menari di atas pentas.

Terdahulu, gandingan Hafiz Suip dan Ernie Zakri berjaya mengembalikan nostalgia apabila menyampaikan lagu pemenang Anugerah Sepanjang Hayat Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Francissca Peter.

Bukan sekadar membuat penonton larut dalam emosi yang diberikan tetapi turut memukau pendengar dengan kehebatan vokal mereka.

Pada persembahan itu, Hafiz dan Ernie menggalas tugas berat apabila menyampaikan lagu yang dianggap ikonik, Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang dan Kehebatan Cinta.

Anugerah Sepanjang Hayat diberikan kepada Francissca atau nama pentasnya Fran sebagai mengiktiraf pencapaian dan sumbangannya sepanjang empat dekad dalam industri hiburan.

Berita Harian X