Jumaat, 13 March 2020 | 11:00am
Sepahtu terpaksa menangguh rakaman dua program sebagai langkah keselamatan dan kesihatan. - Foto Instagram Shuib Sepahtu
Sepahtu terpaksa menangguh rakaman dua program sebagai langkah keselamatan dan kesihatan. - Foto Instagram Shuib Sepahtu

Sepahtu Reunion Live tangguh rakaman

KUALA LUMPUR: Enggan menanggung risiko, program komedi, Sepahtu Reunion Live yang dijadualkan berlangsung malam ini terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak coronavirus (COVID-19) yang kian membimbangkan.

Perkara itu diumumkan anggota kumpulan Sepahtu, Jep menerusi akaun Instagram (IG), semalam.

“Kita nak beritahu berita agak mengecewakan apabila pihak Astro memutuskan menunda siaran langsung program, Sepahtu Reunion Live pada hari Jumaat (hari ini) dan sesi rakaman program Sepahtu Reunion Al-Puas pada Ahad ini.

“Perkara ini berikutan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak,” kata Jep.

Sementara itu, Shuib berjanji akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai dua program berkenaan dalam laman IG rasmi mereka, @Sepathtu Reunion Live Official.

“Jangan risau, kami akan sentiasa mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa apabila akan kembali bersiaran langsung dan tarikh baharu rakaman.

“Sama-samalah kita berdoa supaya sentiasa dilindungi wabak COVID-19 dan keadaan kembali pulih seperti biasa,” ujarnya.

Berikutan penularan COVID-19, banyak acara hiburan terpaksa ditunda. Antaranya, penganjuran konsert artis antarabangsa, Madonna dan Mariah Carey dan tayangan filem James Bond terbaharu, No Time To Die.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X