Jumaat, 21 Jun 2019 | 9:37pm
Liza berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta di Instagram, kira-kira sejam lalu. Foto IG Liza Hanim
Liza berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta di Instagram, kira-kira sejam lalu. Foto IG Liza Hanim

Ayah Liza Hanim meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Belum hilang rasa sedih selepas bapa mentua kembali ke pangkuan Ilahi, bulan lalu, Liza Hanim berdepan ujian apabila ayah kandungnya menghembuskan nafas terakhir, sebenar tadi.

Berkongsi berita duka itu di Instagram, kira-kira sejam lalu, Liza memberitahu, arwah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun... DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Sesungguhnya, tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasaNya Yang Maha Besar.

“Ayah saya, Haji Abd Halim Haji Abd Razak telah kembali ke Rahmatullah, sebentar tadi.

“Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ayah agar ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi Allah,” luahnya.

Tambah Liza, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga selepas selesai diurus di pusat perubatan berkenaan.

Pada 9 Mei lalu, bapa mentua Liza, Mohamed Samsudin Tahir, meninggal dunia.

Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hani Abd Halim berkahwin dengan Mohamed Shahrin atau Shah, yang juga anggota kumpulan Indigo, pada 2003. Mereka dikurniakan lima anak.

Berita Harian X