Selasa, 31 Oktober 2017 | 1:33pm
AZMIL Mustapha.- Foto fail NSTP
AZMIL Mustapha.- Foto fail NSTP

Azmil dirawat kerana paru-paru berair

KUALA LUMPUR: Bintang filem era 1980-an, Azmil Mustapha, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam selepas dilaporkan sukar bernafas akibat paru-paru berair.

Anak sulungnya, Shamira mengesahkan Azmil, 64, dimasukkan ke wad dan meminta semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.

"Bapa mengalami masalah jantung sejak setahun lalu tetapi keadaannya baik.

"Namun, kali ini, mungkin sakit datang semula. Saya tak pasti. Saya harap keadaannya baik-baik dan minta semua mendoakan kesihatannya," katanya ketika dihubungi BH Online.

Awal tahun lalu, Azmil yang terkenal menerusi filem Ali Setan, dilaporkan kritikal akibat masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon yang membintangi 13 filem sepanjang dua dekad itu kembali stabil.

Berita Harian X